GLAM Weddings: Mario Ho & Ming Xi
Marissa Suhaila ialah penulis gaya hidup di GLAM Malaysia. Menulis tentang gaya hidup, pen...
Read Full BioPerkahwinan serba mewah berlatarkan suasana bak kisah dongeng di France menjadi simbol cinta yang mekar. Akhirnya, setelah sekian lama, Ming Xi dan Mario Ho meraikan ikatan mereka dalam sebuah majlis yang bermakna, elegan, dan romantik.
Meskipun melayari bahtera perkahwinan pada 2019, Mario Ho dan Ming Xi memilih untuk menangguhkan upacara perkahwinan formal bagi menghormati pemergian bapa Mario Ho, Stanley Ho. Kini mereka meraikan detik itu dalam serba ekslusif di Perancis.

A Promise Fulfilled
Bermula dengan 99,999 kuntum bunga ros di Shanghai tujuh tahun yang lalu akhirnya menemukan kemuncaknya di Deuville, France. Sebuah perayaan cinta yang tertangguh, namun tidak pernah pudar. Lamaran Mario Ho yang romantik terhadap wanita yang berjaya menambat hatinya itu menjadi perhatian dunia. Detik istimewa itu dihiasi ribuan kuntum mawar, melambangkan cinta dan komitmen yang membawa membawa mereka ke sebuah perayaan cinta yang penuh makna bersama insan tersayang.

Kisah Dongeng di Mont Saint-Michel
Berlatarkan kemegahan Mont Saint-Michel, perkahwinan Mario Ho dan Ming Xi tampil seperti kisah dongeng yang penuh fantasi. Lebih istimewa, majlis ini melakar sejarah tersendiri kerana dikatakan menjadi perkahwinan pertama di Mont Saint-Michel setelah 1,000 tahun. Tambahan pula, suasana majlis di dalam istana mewah yang sarat dengan warisan Eropah ini dipenuhi dengan elemen romantik, seperti dekorasi deretan pink peonies seakan berada di dalam buku dongeng yang menjadi saksi perjalanan cinta mereka.
Majlis turut diraikan bersama keluarga dan sahabat rapat yang bersama-sama melalui perjalanan cinta yang indah selama tujuh tahun. Antara tetamu yang hadir, Jackson Wang, Eileen Gu dan ramai lagi.

Pilihan Gaya Elegan
Ming Xi tampil anggun dengan busana serba putih rekaan khas Dior Haute Couture yang mengambil masa sekitar 600 jam untuk disiapkan. Ia juga diperhalusi dengan sentuhan handcrafting yang menyerlahkan lagi keanggunannya sebagai seorang model antarabangsa. Selain itu, Penampilannya diperkemaskan lagi dengan set penuh berlian daripada Graff Diamond bagi menambahkan lagi elemen glamour. Manakala, Mario Ho tampil kemas dan segak mengenakan sut yang direka khas dari Brunello Cucinelli.
Artikel berkaitan: GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
