"Selepas dua tahun menyemai cinta, kami tahu kami ingin menghabiskan hayat bersama" - Sasha Yusof

“Selepas dua tahun menyemai cinta, kami tahu kami ingin menghabiskan hayat bersama” – Sasha Yusof

Sasha Yusof
 
Biarpun sudah bertahun mendirikan istana bersama arjuna tercinta, namun gaun perkahwinan masih sempurna bak semalam mengikat cinta. Ikuti kisah Sasha Yusof.
 
Nama suami
Ridwan Abdullah.
 
Detik pertemuan bersama si dia
Kami bertemu secara kasual melalui teman rapat. Pada 2007, seusai pengajian saya di Australia kami semakin kerap bertemu. Kami akhirnya semakin akrab dan akhirnya berputiklah perasaan indah yang bernama cinta.
 
Tempoh berkasih sebelum memutus untuk mengikat cinta
Selepas dua tahun menyemai cinta, kami tahu kami ingin menghabiskan hayat bersama tetapi tidak tergesa-gesa kerana masing-masing sibuk membina kerjaya.
 
Butiran lamaran si dia
Jika bertanya suami tercinta, he would probably tell you an elaborate story on how there were fireworks, and that the proposal was written in the sky. Ridwan mempunyai imaginasi yang agak romantik namun pelaksanaannya adalah lebih realistik. Segalanya bermula kala bercuti di Istanbul bersama keluarganya. Satu malam selepas belayar menyusuri sungai Bospohrus, kami singgah di sebuah restoran di aras bumbung. Pemandangannya luar biasa. Sambil minum kami bicara soal perhubungan dan masa depan cinta kami. Sedang asyik berbual, Ridwan secara bersahaja mengeluarkan sekotak hadiah kecil dan menghulurkannya kepada saya. Membukanya, saya terkedu tetapi saya rasa saat itu sungguh sempurna. Begitulah versi lamarannya pada saya. Biarpun pada saat itu Ridwan kelihatan agak gementar.
 
Lokasi dan tarikh pernikahan
Pada 12hb Disember 2014 di Dewan Sime Darby Convention Center.
 
Konsep tema pernikahan
Kami inginkan gabungan beberapa tema Turki (kerana lamarannya di Istanbul) jadi pentas nikah malam itu disemai penuh dengan unsur Moorish.
 
Lokasi dan tarikh kedua acara resepsi
Di sebelah saya, majlis diadakan di Dewan Sime Darby pada hari yang sama dengan pernikahan yakni 12hb Oktober 2014. Resepsi sebelah lelaki pula pada 18hb Oktober 2014 di Hotel Mandarin Oriental.
 
Konsep tema kedua resepsi
Bagi resepsi pertama, saya dan suami mahukan majlis yang sedikit intim dengan gabungan elemen kesukaan kami. Daripada kecintaan keluarga terhadap musik jazz, ke menu serta dekorasi. Bahkan kedua hos acara turut dikelola oleh kedua teman rapat. Ibu bapa saya turut membuat kejutan dengan menyunting video khas buat kami berdua. Ianya begitu menyentuh hati bukan saja pada kami malah tetapi semua tetamu yang hadir. Segalanya sungguh romantis dan bersifat peribadi! Resepsi kedua di hotel Mandarin Oriental we were much better rested. Ibu mertua saya menghubungi kawan lamanya, legendaris Pak Abu untuk menggubah dewan acara serba putih dengan percikan rona biru. Hasilnya? Bak taman inderaloka kisah dongeng dahulu kala.
 
Rekaan Monique Lhuillier buat busana persandingan. Mengapa?
Ibu mertua sudah membayangkan penampilan saya dalam full tulle skirt bak sang puteri. Gaunini merangkumi top tulle juga korset sendat. Busana Monique kami tempah kala bercuti di Los Angeles (di Monique Lhuillier Melrose Place) sekitar Mei 2014. Biarpun gaun itu himpunan ready-to-wear tetapi kami terpaksa menempah khas dan menunggu lima bulan. It was definitely worth the wait.
 
Ceritera di sebalik cincin perkahwinan
Cincin perkahwinan saya amat sempurna. Rekaannya, potongan, kejernihan dan kilauan berlian amat mengagumkan.
 
Perkara tidak diketahui tentang perkahwinan anda
My akad and reception favours were meticulously wrapped by hand by my mother all 1000! (dengan bantuan daripada teman dan keluarga) Ini sedikit klise namun, saya memilih untuk menggunakan ungkapan “Ever thine, ever mine, ever ours” dari Beethoven (yand dipetik dari buku Love Letters of Great Men) bagi mengiringi wedding favours kerana beberapa sebab, (a)I have a crazy love for Sex and the City and Carrie Bradshaw dan sejak bermulanya perhubungan bersama suami saya sentiasa gelarkannya Mr. Big. (b) Ini adalah ikrar janji Mr. Big kepada Carrie apabila mereka akhirnya berkahwin. (c) Suami saya menghadiahkan saya buku yang sama beberapa tahun selepas kami berkasih.
 
Detik terindah sepanjang perkahwinan
Dua minggu sebelum acara majlis, my closest friends took me on a phenomenal bachelorette trip to Bali. Ia adalah antara momen terindah saya bersama mereka. Namun, detik yang tidak dapat dilupakan juga tentunya bantuan yang diterima daripada teman rapat juga sanak saudara. Keluarga saya agak kecil kerana saya anak tunggal. Jadi ianya adalah menakjubkan untuk menerima bantuan tangan yang sedia membantu. Saya amat bersyukur dengan bantuan dan kasih sayang yang diberikan.
 
 

See also
Ini 7 Cara Penjagaan Hijab yang Betul