Related Stories
GLAM Wedding: Rakyat Jelata Raikan Akad Nikah Tengku Muhammad & Tengku Natasya
Majlis pernikahan yang dinanti-nantikan oleh rakyat jelata terutamanya rakyat Pahang diantara Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan yang disiarkan secara langsung di RTM.
Pengantin perempuan, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan adalah anak kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri, Datin Seri Enny Beatrice.

Wanita jelita berkacukkan Indonesia ini, Tengku Natasya Adnan kini berusia 29 tahun, dilahirkan pada tahun 1995.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz dengan mas kahwin senaskhah al-Quran. Majlis pernikahan berlangsung di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.
Selain itu, bacaan khutbah nikah disampaikan oleh Mufti Negeri Pahang, Profesor Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim sebelum berlangsungnya majlis pernikahan tersebut.

Menariknya, rakyat jelata Pahang dapat menyaksikan istiadat perkahwinan diraja Putera Sultan Pahang Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan pasangan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan menerusi layar besar yang dipasang di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1.
Tengku Muhammad dengan pasangannya Tengku Natasya Puteri selamat diijabkabulkan pada 8.50 malam ini dalam istiadat yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz.
Istiadat perkahwinan diraja itu disaksikan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Seramai 350 orang tetamu yang hadir di Balai Mahkota turut menikmati suasana indah yang dihias dengan sentuhan peribadi daripada bonda Putera Pahang, Tunku Azizah.
Difahamkan Balai Mahkota, Istana Abdulaziz mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal untuk hiasan dewan iaitu Datuk Radzuan Radziwill.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, tampil anggun dalam busana seragam berwarna hijau bersamaTengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kredit: Kesultanan Pahang
Artikel Berkaitan: Tengku Natasya Adnan Meraih Keberkatan Ilahi Dengan Majlis Khatam Al-Quran
Artikel Berkaitan
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu
GLAM Weddings: Mario Ho & Ming Xi
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Agassi Revan...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.



