GLAM Weddings: Perkahwinan Kerabat Perak, Kenali Raja Sarina Raja Iskandar
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioGLAM mengucapkan sekalung tahniah buat Yang Mulia Raja Sarina Intan Bahiyah Binti Raja Iskandar Dzurkarnain dan pasangan Muhammad Firdaus Bin Muhammad Sukor yang selamat diijabkabulkan pada 25 Mei lalu di Istana Firuz, Ipoh, Perak.
Raja Sarina merupakan anakanda kepada DYAM Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Perkahwinan Raja Sarina & Muhammad Firdaus

Kredit foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
DYMM Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah turut berkenan berangkat ke majlis pernikahan Raja Sarina iaitu merupakan ibu saudara kepada beliau. Berangkat sama, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bersama suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah. Turut berangkat menyerikan majlis itu, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Kredit foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Tentang Raja Sarina Raja Iskandar

Foto kredit: Instagram Raja Sarina
Menjelang usia 33 tahun dan dilahirkan di Ipoh, Perak, Raja Sarina merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Beliau gemar menulis dan juga dikenali dengan blog penulisannya yang bertajuk Dear Sarina. Meskipun tidak lagi aktif menulis blog, tapi beliau masih berkongsi penulisannya di akaun media sosialnya, Instagram.
Menerusi penulisannya, beliau sering berkongsi tentang perjalanan hidup, pengalaman mengembara ke sesebuah negara yang mengubah pandangannya serta ringkasan daripada buku yang dibacanya.
Beliau juga pernah menjadi salah seorang panel jemputan bersama Ustaz Mizi Wahid dalam sebuah perbincangan yang bertajuk Downtimes: The Unspoken Blessings of Every Delay. Raja Sarina turut berkongsi pendapatan daripada perbincangan tersebut di Instagram miliknya.
Lebih menarik tentang perkahwinan beliau adalah terdapat sudut reruai buku yang dipenuhi dengan buku-buku Islamik yang boleh diambil oleh tetamu yang dijemput. Menurut Raja Sarina, beliau mahu tetamu yang hadir mendapat manfaat dan dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT.
“I had a book booth at my wedding. 2 racks filled with Islamic books with themes on the spiritual heart, love and going through uncertainty and sadness. Guest were allowed to take as many as the want. I really hope for people to benefit from the books, get closer to Allah and for the barakah of this deed flow into my marriage,” tulis Raja Sarina di Instagram Story.
Artikel Berkaitan: Anak Raja Paling Kacak di Dunia: 9 Pewaris Diraja Yang Menjadi Tumpuan Global
Artikel Berkaitan
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu
GLAM Weddings: Mario Ho & Ming Xi
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Agassi Revan...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
