GLAM Weddings: Perkahwinan Farah Amira, Anak Dato Seri’ Azmin Ali
Bahtera Cinta Berlabuh, Perkahwinan Farah Amira dan Hakim Kekal Abadi


Pada Disember 1, majlis pernikahan dihadiri oleh keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak. Rombongan pengantin lelaki yang berasal dari Terengganu hadir memeriahkan acara. Keluarga mendoakan agar perkahwinan pasangan ini diberkati Allah SWT dan dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan hingga ke syurga. Momen indah yang diselubungi kebahagiaan terlihat terbit di mata seorang ayah yang menyampaikan hasrat dengan penuh rasa syukur.

Acara resepsi berlangsung di Grand Ballroom Shangri-La Kuala Lumpur menyaksikan sebuah majlis yang sungguh anggun dan penuh pesona. Dihiasi dengan dekorasi yang memadukan unsur klasik dan moden, suasana menjadi lebih memukau dengan susunan bunga segar yang mencipta suasana romantik. Kehadiran tetamu-tetamu kenamaan, keluarga, dan sahabat handai menambah kemeriahan majlis, mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Pasangan tampil mempesona dalam busana rekaan hasil sentuhan Rizalman, solekan oleh Khir Khalid dan hijab styling hasil Didiyana Ehsan. Pelbagai elemen moden dan tradisional digabungkan untuk mencipta suasana yang mengagumkan di Majlis Walimaturus Farah Amira dan Hakim. 

Cinta seindah taman, majlis perkahwinan Farah Amira dan Wan Amir Hakim bukan sahaja menyatukan dua hati, tetapi juga mengukuhkan ikatan kasih sayang yang abadi. Dengan restu keluarga dan doa dari mereka yang tersayang, perjalanan bahagia Farah dan Hakim bermula. Diharapkan kebahagiaan yang tercipta pada hari bersejarah ini akan terus mekar dan berpanjangan, membawa mereka menuju masa depan yang penuh berkah.
Artikel Berkaitan: GLAM JUNIOR: Intip Dekorasi Bilik Anak Intan Najuwa Yang Stylish
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
