5 Selebriti Hollywood Menghidap Penyakit Bipolar - Glam Malaysia
5 Selebriti Hollywood Menghidap Penyakit Bipolar

5 Selebriti Hollywood Menghidap Penyakit Bipolar

Kesedaran terhadap penyakit melibatkan kesihatan mental amat penting. Tidak terkecuali, penyakit bipolar. Ayuh fahami dengan lebih lanjut.

Menurut laporan yang dikongsi Single Care, terdapat seramai 46 juta penduduk dunia menghidapi penyakit bipolar ini. 2.8 peratus daripadanya adalah populasi dari negara Amerika syarikat.

Sebelum pergi lebih jauh, kenali terlebih dahulu apakah sebenarnya penyakit bipolar.

Sebelum ini, ia dikenali sebagai maniac depression (namun tidak diguna pakai dalam terma perubatan hari ini) yang berpunca daripada perubahan emosi yang ekstrem. Apabila emosi berubah secara luar biasa, ia akan memberi kesan kepada kemurungan dan kegembiraan yang keterluan kemudian berpanjangan sehingga mengganggu aktiviti harian si pesakit. 

Kadangkala mereka ini akan membuat keputusan tanpa berfikir panjang dan tidak mengambil kira kesan dan akibatnya. Dalam tempoh mereka menghadapi gangguan ini, mungkin ada yang akan menangis, memandang negatif terhadap kehidupan kemudian hubungan yang lemah dengan orang lain. Penghidap penyakit bipolar ini juga memiliki risiko bunuh diri dan mencederakan diri yang tinggi. 

See also
Kim Kardashian West dan Kanye West Teruja Dengan Kehadiran Anak Perempuan Mereka

Penyakit mental yang disebabkan oleh gangguan bahan kimia di dalam otak ini terdiri daripada tiga jenis (yang utama) dan kesemuanya melibatkan perubahan emosi, tenaga dan tahap aktiviti. Ianya adalah Bipolar I, Bipolar II dan Cyclothymia. 

Bipolar I 

Pesakit akan dikategorikan di dalam peringkat ini jika mereka memiliki sekurang-kurangnya mengalami satu episod mania yang berpanjangaan sehingga lebih dari seminggu. Kemudian, jika mereka ini mengalami episod tekanan hidup juga akan menjadi punca penyakit bipolar peringkat ini. 

Bipolar II

Sekurang-kurangnya pesakit akan mengalami satu episod tekanan dalam hidup kemudian diikuti dengan tanda-tanda hypomania yang berlanjutan sekurang-kurangnya selama empat hari. 

Cyclothymia

Jika pesakit mengalami episod hypomania dan tekanan lebih daripada dua tahun. Tidak begitu teruk berbanding mereka yang menghidap gangguan Bipolar I dan Bipolar II.

Ini 5 Selebriti Hollywood Menghidap Penyakit Bipolar

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#1 Mariah Carey

Mariah Carey berkongsi dengan majalah People pada tahun 2018 yang dia merupakan penghidap Bipolar II selama lebih 20 tahun. Mula diperiksa pada tahun 2001 apabila dia dimasukkan ke dalam hospital kerana mengalami mental juga fizikal breakdown. 

See also
BLACKPINK Umum Tarikh dan Lokasi Jelajah Dunia 'BORN PINK'

   Penyakit Bipolar