Abby Choi: Sosialit Hong Kong Yang Dikelar Dengan Kejam - Glam Malaysia
Abby Choi Sosialit Hong Kong Yang Dikelar Dengan Kejam

Abby Choi: Sosialit Hong Kong Yang Dikelar Dengan Kejam

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Abby Choi yang merupakan model dan juga influencer Hong Kong, dibunuh dengan kejam kerana harta. Bahagian badannya ditemui dalam keadaan dikelar oleh keluarga bekas suaminya.

Dunia fesyen digemparkan dengan berita pembunuhan secara kejam Abby Choi Tin-Fung atau lebih mesra dipanggil Abby Choi, yang berlaku baru-baru ini. Sosialit yang berusia 28 tahun itu mengakhiri hidupnya dalam keadaan yang menyayat hati apabila dia dijumpai dalam keadaan bahagian tubuh dikelar. Abby Choi merupakan ikon yang disegani dalam industri fesyen. Dia sering dilihat menghadiri pertunjukan fesyen seperti Minggu Fesyen Paris dan turut menghiasi muka depan majalah-majalah fesyen.

Kenali Abby Choi

Abby Choi juga antara ikon fesyen dan influencer yang berjaya. Dia bukan sahaja terkenal di Hong Kong, malah di seluruh dunia juga. Dia seorang yang agak berpengaruh di media sosial dengan gaya dan stailnya yang mewah dan tersendiri. Abby sering dilihat sebagai seorang wanita yang boleh diinspirasikan kerana kejayaannya dalam industri fesyen disegani ramai. dalam busana Georges Hobieka, dan siapa sangka itu merupakan kali terakhir Abby memuat naik di akaun Instagramnya itu.