Abby Choi: Sosialit Hong Kong Yang Dikelar Dengan Kejam - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
Abby Choi Sosialit Hong Kong Yang Dikelar Dengan Kejam

Abby Choi: Sosialit Hong Kong Yang Dikelar Dengan Kejam

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mayat Abby Choi

Sungguh tragis, apabila kehidupannya yang glamour itu berakhir dengan pembunuhan kejam yang dipercayai dirancang oleh keluarga bekas suaminya sendiri. Polis Hong Kong menyifatkan kes pembunuhan ini sebagai kes pembunuhan yang dirancang susulan daripada pelbagai bukti jelas di sebuah rumah kawasan perkampungan Lung Mei Tsuen, Tai Po yang terletak di pinggir bandar.

Pihak polis mengesahkan penemuan bahagian badan mangsa di unit rumah sewa itu. Sepasang bahagian kaki dijumpai disimpan di dalam peti sejuk. Turut menemukan tisu manusia di dalam periuk sup ditinggalkan di tempat kejadian. Seorang pegawai dari Unit Jenayah Kowloon West berkata, “Kami masih mencari kepala, badan dan tangan, yang kami percaya telah dilupuskan”.

Rumah sewa itu telah disewa oleh bekas bapa mertua Abby. Siasatan awal dilaporkan rumah tersebut menjadi tempat ‘menyembelih’ Abby Choi atas penemuan alat seperti gergaji elektrik, pengisar daging, baju hujan panjang, sarung tangan dan juga topeng. Rumah sewa tersebut juga tidak dilengkapi oleh sebarang perabot rumah. Pihak polis percaya kediaman itu digunakan semata-mata untuk melupuskan mayatnya.

Abby Choi Sosialit Hong Kong Yang Dikelar Dengan Kejam

Foto: Bloomberg.com