Profil: Beautiful Dreamer, Diyana Shah
Diyana Shah

Profil: Beautiful Dreamer, Diyana Shah

Diyana Shah, seorang lagi wanita terpelajar muncul menjadi perhatian ramai. Malahan dia juga berpenampilan menawan dan cantik. Masakan tidak kerana diyana shah merupakan doktor kecantikan yang dijadikan sumber inspirasi bagi seorang wanita.

pengarah kreatif AIZAT AIDID pengarah seni AMIRUL ARIFIN gambar AARON LEE/ LENSWORK STUDIO solekan AHMA DANI dandanan OLIVIA OOI busana MIMPIKITA teks MARINI MAT ZAIN

Asalnya Diyana seorang doktor perubatan lulusan First Moscow State Medical University dari Rusia. Pulang menjalani kehidupan seorang doktor di ibu kota. Kemudian dihantar keluar daerah sehinggalan dia mengambil keputusan menyambung diploma dalam jurusan terapi kecantikan estetik dan kesejahteraan.

Menginjak masuk usia 30an, dia mula memikirkan hidup lebih stabil. Sampai bila mahu bekerja dengan orang, itu yang bermain dibenak fikiran. Kenapa tidak dia membuka perniagaan sendiri kerana masa akan lebih fleksibel. Walaupun belum berkahwin, Diyana suka merancang masa depan lebih awal. Sebagai wanita, dia perlu berfikir masa akan datang, bagaimana kehidupan bakal anak-anaknya kelak. Jadi, Diana nekad membuka klinik kecantikan The Luxe Clinic bersama seorang rakan kongsi.

“Pada 2021 saya mula berfikir mahu membuka perniagaan sendiri. Kini The Luxe Clinic sudah berusia setahun, memang masih banyak yang perlu saya belajar terutama cara memperbaiki dan mengatur semua urusan. Ramai orang mengatakan susah untuk berbisnes sehingga kita mengalaminya sendiri. Memang benar pernyataan tersebut,” ujar Diyana membuka bicara.

Diyana Shah

Begitupun dia cukup berbangga kerana usaha seratus peratus dilakukannya sendiri berbaloi. Pencapaian klinik juga sangat memuaskan. Mungkin kerana Diyana Shah bersikap jujur terhadap pelanggan. Dia banyak mendidik mereka untuk memilih rawatan kecantikan berkualiti. Perkhidmatan disediakan bermula dari hujung rambut ke hujung kaki. Bermula dengan rambut gugur sehinggalah perawatan wajah yang pelbagai. Sebagai wanita, dia lebih khusus memberi rawatan terutama kepada wanita lepas bersalin. Semestinya ramai wanita bersalin mahu merawat bahagia sulit dan payudara agar kembali seperti asal.

“Saya mementingkan kesihatan dan kesejahteraan dalaman tubuh badan. Bukan sekadar kecantikan luaran sahaja. Pelanggan boleh buat ujian darah untuk mengenal punca masalah. Contohnya kenapa berat badan wanita berusia lebih sukar menurunkan berat badan. Melalui pemeriksaan darah, saya akan menemui punca akibat hormon dan merawat mereka. Memang wanita sanggup berhabis wang ringgit demi kecantikan tetapi biarlah perbelanjaan berbaloi,” ujar Diyana lagi.

See also
Senarai Penuh Pencalonan SAG Awards 2024

Ternyata banyak laporan di media tentang kecacatan dan kematian mengejut akibat menjalani prosedur kecantikan sembrono. Penting seseorang individu memilih pusat perubatan rawatan kecantikan yang punya seorang doktor. Kelebihan Diyana adalah dia asalnya merupakan seorang doktor perubatan dan belajar anatomi. Jadi, dia lebih mengenal tubuh badan manusia.

Mencari Kejelitaan Dengan Berhemah

Diyana Shah

Diyana menasihati wanita untuk pilih rawatan berkualiti, bukan sekadar klinik tersebut viral di media social. Ada segelintir yang sudah bermasalah, baru mencari doktor kecantikan berkualiti untuk memperbetulkan kembali rawatan salah tersebut. Keselamatan juga penting walaupun sekadar di klinik kecantikan. Ramai orang hanya sambil lewa dan lebih mengejar kecantikan kerana kurang pendedahan. Keselamatan di klinik kecantikan sebenarnya penting. Terkini remaja seawal usia 16 tahun pun sudah pandai mencari pusat kecantikan.

“Saya lebih mementingkan keperluan pelanggan. Kebanyakan remaja mahu hidung atau bibir mereka mirip Kylie Janner misalnya. Sering saya menasihati mereka terlebih dahulu, apa hendak dilakukan biar berpada. Jangan menjangkakan yang manis-manis sahaja. Saya akan memastikan pelanggan saya lebih yakin dengan rupa paras asal mereka. Agar lebih yakin yang mereka juga cantik semula jadi.”

Diyana Shah berada di dunia kecantikan ini untuk membawa mesej lebih besar seperti memperkasakan wanita. Semua punya kecantikan tersendiri. Hanya perlu menyerlahkan kecantikan dan bukan menukar bentuk hakiki. Itu lebih penting bagi dirinya.

Rawatan paling digemari wanita sepestinya hendak kurus dan wajah pula perlu berbentuk V. Dia menyarankan pelanggan untuk melakukan rawatan lebih kekal seperti merangsangkan kolagen. Rawatan Potenza contohnya mampu memberi keputusan menyeluruh seperti mengetatkan rahang, kurangkan garis-garis halus dan mengecilkan liang roma. Selepas mengambil rawatan Potenza ramai yang merasakan diri mereka lebih segar, lebih ‘glowing’ dan lebih penting lebih sihat kerana Diyana tidak menukar bentuk hakiki tetapi keyakinan lebih tinggi.

Teknologi terkini lebih terkini. Apa pelanggan mahukan adalah hasil yang lebih cepat dan tiada kesan sampingan. Pelanggan tidak mahu wajah mereka meninggalkan kesan merah, bengkak dan sebagainya. Suatu ketika dahulu selepas rawatan, mereka perlu berkurung di rumah seminggu dan sebagainya. Tetapi teknologi terkini sangat membantu kerana kesibukan kita sehari-hari membataskan waktu. Hari ini semuanya perlu segera.

See also
Gaun Kate Middleton Mengimbau Momen Karpet Merah Puteri Diana Di Tayangan James Bond 1985

“Cabaran teknologi hari ini, semua syarikat kecantikan berlumba-lumba menghasilkan mesin teknik rawatan baharu dengan fungsi rawatan lebih canggih dan bagus. Saya sering rujuk Korea dan Thailand berbanding barat kerana kita sama-sama kulit Asia. Lebih tepat.” Perubahan ketara dahulu dan sekarang ialah masyarakat hari ini lebih terbuka. Kalau dahulu banyak pantang larang dan taboo. Semua rahsia. Namun hari ini masyarakat lebih terbuka kerana lebih banyak kesedaran disuntik di kalangan masyarakat dengan adanya media sosial. Wanita lebih terbuka untuk berkongsi tip kecantikan mereka. Kesedaran kecantikan bermula awal. Diyana menerima pelanggan semuda 18 tahun. Namun, jika lebih muda perlulah mendapat kebenaran ibubapa mereka. Anak-anak hari ini memang lebih berani. Usia yang sewajarnya adalah 21 tahun. Diyana akan menyarankan rawatan sewajarnya dengan kulit mereka oleh sebab kulit mereka masih dalam keadaan yang baik berbanding mereka yang berusia. Tetapi memulakan rawatan kecantikan lebih awal lagi baik kerana dapat mencegah proses penuaan. “Saya juga lebih jujur dengan pelanggan. Seandainya kesan rawatan diberikan lebih lama hasilnya, saya akan beritahu mereka dengan jelas. Terpulang kepada pelanggan untuk memilih. Jika mereka meneruskan rawatan, mereka perlu bersabar akan hasil daripada rawatan kecantikan tersebut.”

Apabila ditanya produk sendiri, Diyana baru menghasilkan produk kecantikan pertama iaitu Stem Cell Mask berasaskan tumbuhan sel induk. Produk ini bertujuan untuk mengembalikan sel tua yang sudah mati kepada lebih anjal. Produk-produk lain masih dalam kajian dan penambahbaikkan. Bagi yang menyuarakan hasrat mahu melakukan pembedahan plastik pula, Diyana sekadar menasihati untuk mereka memilih doktor yang betul-betul mahir dan terlatih. Namun, biarlah pembedahan itu wajar. Contohnya muka terlalu kendur dan rawatan eastatik tidak mampu lagi membantu atau membetulkan payudara seorang ibu yang mengalami kesan daripada selepas melahirkan dan meyusukan anak.

Mungkin kejujuran Diyana membuatkan pelanggan menyenanginya. Tidak hairanlah Diyana menerima anugerah Rising Star Best New Ecstatic Clinic in Asian Pasific di acara Global Health Award. Menurut Diyana, anugerah ini memberi dia lebih motivasi dan kalau bukan kerana sokongan pelanggan, dia tidak akan sampai ke tahap ini.

See also
Trend 'Quite Luxury' Semakin Popular Dalam Dunia Kecantikan

Diyana Shah

Selain usahawan berjaya, Diyana juga menjadi sebutan pengikutnya kerana kecantikannya. Apakah rahsia cantik diamalkan Diyana? Menurut Diyana Shah, tip kecantikannya mudah sahaja. Pertama, minum banyak mineral untuk mengelak kulit kering dan kusam. Kurang air juga mengakibatkan garis halus diwajah kelihatan lebih jelas.

“Kedua, saya nasihatkan anda memakai krim pelindung matahari. Ramai yang salah faham, krim ini hanya dipakai ketika mahu keluar rumah. Padahal, ianya perlu diamalkan walaupun di dalam rumah. Tidak perlu ikut 10 rutin penjagaan kulit wanita Korea. Buat ikut kesesuaian anda. Kalau saya, hanya memilih rutin penting seperti pencuci, pelembap, krim pelindung matahari dan kalau rajin tambah serum vitamin C,” terang Diyana.

Seiring peredaran waktu, media sosial memainkan peranan penting di dalam peribadi seseorang. Begitu juga pengaruh untuk perniagaan. Secara peribadi Diyana mahu membina dua akaun peribadi dan kerja. Namun kumpulan pemasarannya menyuarakan pendapat, masyarakat hari ini lebih senang mengenali pengasas secara peribadi.

“Saya akur dengan pandangan mereka. Saya suka makan. Jadi saya berkongsi destinasi makan, lokasi mengembara dan melakukan aktiviti kelab buku bersama lapan sahabat baik. Cuma saya guna gelaran Doktor dipangkal nama untuk pengikut mengetahui kerjaya atau perniagaan saya,” terang Diyana. Diyana sememangnya minat membaca. Dia dan sahabat-sahabatnya memilih satu buku untuk dibaca dan mereka bertemu untuk membincangkannya. Aktivitinya itu dikesan pengikut yang mula mengikut jejak mereka. Malah ada yang mula bertukar- tukar buku kegemaran disamping buat reviu. Diharap hobinya itu mampu memberi impak positif bagi memupuk pengikutnya untuk minat membaca.

Diyana Shah sering bersama buku ketika bercuti. Ketika remaja dia gemar membaca buku fiksyen tetapi sejak menceburi perniagaan dia lebih gemar membaca buku ahli perniagaan dan mengambil iktibar daripada kejayaan mereka. Boleh juga dijadikan rujukan untuk dia lebih sukses di dunia bisnesnya sendiri. Semoga Diyana mampu menggapai segala impian di masa hadapan juga sukses dalam mengejar impian sebagai seorang usahawan dunia kecantikan.