The Princess Diaries Bakal Kembali! - Glam Malaysia
The Princess Diaries Bakal Kembali!

The Princess Diaries Bakal Kembali!

Rindu Puteri Mahkota Amelia Mignonette Thermopolis Renaldi atau lebih dikenali sebagai Mia Thermopolis, Puteri Genovia? Berita gembira buat peminat filem ini, The Princess Diaries is back! 

Melalui satu laporan eksklusif oleh The Hollywood Reporter, mereka membongkar filem terbaru dan yang ketiga The Princess Diaries kini sedang dalam prosess pembikinan di Disney. Penantian selama dua dekad, desas-desus yang selama ini menjadi tanda tanya untuk sambungan sekuel ini akhirnya terjawab juga. 

Pengarah filem ini, mendiang Garry Marshall, yang sebelum ini menghasilkan filem pertama dan kemudian diikuti dengan The Princess Diaries 2: Royal Engagement, pernah berdiskusi untuk menyambung sekuel filem ini. Namun, segalanya jadi terhenti kerana beliau meninggal dunia pada Tahun 2016. 

Masih tiada kata putus ketika itu, namun melalui satu penampilan program televisyen pada tahun 2019, Anne Hathaway, pernah berkongsi bahawa sememangnya skrip untuk sekuel ketiga itu wujud dan tersedia ada. Namun, mereka ingin memastikan segalanya sempurna sebelum bertindak menyambung sekuel ini. 

See also
Kenali Duke of Westminster Hugh Grosvenor, Milenial Terkaya Di UK

Melalui laporan eksklusif The Hollywood Reporter ini, belum ada kata tetap yang menyatakan Anne Hathaway bakal beraksi di dalam filem ini, namun mereka yakin dengan kata positif dan sokongan yang selama ini Anne tunjukkan terhadap kemungkinan adanya sekuel ketiga ini. Yang penting, ini adalah bukan satu filem ‘reboot’ untuk The Princess Diaries. Ia adalah sebuah filem sekuel ketiga, sambungan daripada jalan cerita filem kedua. 

Walau apapun, kami berharap pelakon lagenda Will Jullie Andrews yang memegang watak Ratu Clarisse ini turut akan beraksi bersama di dalam filem ini walaupun kali terakhir dia menayang mukanya di kaca skrin adalah pada tahun 2017. Bagaimana pula dengan Chris Pine yang memegang watak Nicholas Devereaux, Mandy Moore sebagai Lana Thomas dan pelakon-pelakon yang lain? Adakah mereka ini turut akan dikekal sama? Tidak sabar menanti pengumuman rasmi daripada kumpulan produksi ini. Sama-sama kita nantikan! 

 

Pautan Berkaitan: Sembang Cantik Bersama Fyza Kadir