Ini 5 Air Terjun Dengan Pemandangan Yang Menakjubkan Di Dunia

Ini 5 Air Terjun Dengan Pemandangan Yang Menakjubkan Di Dunia

Air terjun adalah salah satu tempat yang sering menjadi pilihan hati para pelancong. Fenomena alam semula jadi ini sememangnya mempunyai daya tarikan yang tinggi kerana pemandangannya yang menakjubkan. GLAM himpunkan lima tempat air terjun dengan panorama yang mengagumkan untuk anda terokai!

Air terjun merupakan fenomena alam semula jadi yang indah. Di mana arus air mengalir melalui suatu formasi bebatuan dan mengalami saliran air yang mengalir jatuh menjunam secara berterusan dari tempat yang tinggi. Dalam pada itu, ia boleh dijadikan tempat bermandi-manda kerana airnya yang tenang lantas sesuai untuk beriadah. Namun, terdapat juga yang hanya sekadar untuk dinikmati pemandangannya sambil menghirup udara segar kerana airnya yang deras. Walau bagaimana pun, fenomena alam semula jadi ini mampu membuat sesiapa sahaja teruja dengan keindahan yang tidak dapat dilupakan!

Ini 5 Air Terjun Tercantik Di Dunia Pilihan GLAM

1. Air Terjun Dettifos, Iceland

Ini 5 Air Terjun Dengan Pemandangan Yang Menakjubkan Di Dunia

Air terjun Dettifos, Iceland terletak di kawasan Taman Nasional Vatnajokull di Timur Laut Iceland. Tempat ini memiliki panorama yang sangat menakjubkan yang pasti tidak akan dilupakan! Air terjun ini memiliki ketinggian setinggi 44 meter dengan lebar sekitar 100 meter. Dengan kecepatan aliran air yang mencapai 200 sehingga 500 per detik, tempat ini terkenal sebagai air terjun paling kuat di Eropah.

See also
Spekulasi Kehamilan - Neelofa Beri Petunjuk Baharu?

2. Air Terjun Niagara, Amerika

Ini 5 Air Terjun Dengan Pemandangan Yang Menakjubkan Di Dunia

Terletak di sempadan antara Ontario di Kanada dan New York di Amerika Syarikat, Air terjun Niagara dikenali sebagai air terjun paling kuat dan popular di Amerika Utara. Air terjun ini mempunyai landskap yang fenomenal, di mana pengunjung sering hadir untuk melancong. Dengan ketinggian 175 kaki, air terjun Niagara menumpahkan lebih dari enam juta kaki air di atas garis puncaknya setiap minit. Selain menjadi tempat tumpuan pelancong, ianya juga menjadi sumber terbesar kuasa hidroelektrik.

3. Air Terjun Iguazu, Argentina & Brazil

Salah satu destinasi air terjun yang turut menjadi tumpuan di dunia ialah Air Terjun Iguazu. Ianya menjadi pemisah antara sempadan di Argentina dan Brazil. Lokasinya terletak di Wilayah Misiones, Argentina dan negara bahagian Parana, Brazil. Tempat ini mempunyai keluasan sehingga 40 hektar dan air yang mengalir mencapai 300 meter per detik. Menurut penduduk tempatan, kawasan ini mempunyai lagenda yang tersendiri. Air terjun ini dikatakan dijadikan oleh dewa yang mahu mengahwini wanita tempatan yang sangat cantik bernama Naimi. Dibahagikan kepada 275, air terjun sebagai bukti cinta mereka.

See also
Empat Posisi Seks Yang Boleh Membahayakan Pasangan Anda!

4. Air Terjun Victoria, Afrika

Tersenarai sebagai lokasi Warisan Dunia oleh UNESCO, Air Terjun Victoria merupakan antara yang terbesar di dunia kerana mempunyai kelebaran 1,708 meter dengan ketinggian 100 meter. Air terjun yang menakjubkan ini mampu menumpahkan 540.000.000 air dalam masa satu minit. Terletak di Zambia dan Zimbabwe, Afrika, air terjun ini juga dikenali dengan keindahan fenomena pelangi yang cukup menawan!

5. Air Terjun Havasu, Amerika Syarikat

Antara destinasi yang sering menjadi pilihan hati pelancong ialah Air Terjun Havasu terletak di Amerika Syarikat. Air terjun ini memiliki ketinggian sekitar 100 meter dengan landskap yang sangat cantik. Ianya berlokasi di tengah kawasan tebing-tebing tandus di Grand Canyon dan berada di kawasan Havasupai Indian Reservation. Para pelancong yang hadir boleh melakukan aktiviti renang dan menikmati makanan serta minuman yang dijual sekitar Havasu.

Artikel Berkaitan: 5 Destinasi Wajib Di Lombok