Rihanna Umum Buku Edisi Terhad Bernilai RM5,615. - Glam Malaysia

Rihanna Umum Buku Edisi Terhad Bernilai RM5,615.

Penyanyi dan ikon fesyen, Rihanna mempromosikan buku autobiografi visual terbaru, Rihanna: Queen Size yang terhad kepada 500 buah sahaja.

“It’s a piece of art that I am really proud of.” – Rihanna

Foto: phaidon.com

All Hail Queen Rihanna. Dia tahu bagaimana untuk mengekalkan legasinya sebagai bintang paling hangat di dunia. Kali ini, penyanyi dan ikon fesyen mempersembahkan sebuah buku autobiografi visual edisi terhad berjudul Rihanna: Queen Size. Buku berharga £995 (RM5,615) hanya terhad kepada 500 buah sahaja.

Apa yang menarik mengenai buku ini adalah saiznya yang luar biasa. Ia berukuran 656 x 500 mm besar. Buku edisi terhad ini dihasilkan oleh Rihanna adalah sebagai penghormaan kepada fesyen, muzik dan juga peminat fotografi di seluruh dunia. Format yang diperkenalkan membiaskan persona milikan legenda global ini yang penuh sensasi.

Buku dengan 504 muka surat itu mengandungi lebih daripada 1000 gambar, dan termasuklah poster dua muka surat yang boleh dikeluarkan. Ia dijahit dengan tangan dan dibaluti dengan fabrik Jepun yang bespoke. Muka hadapan berwarna hitam ini menampilkan logo dengan metal potongan laser yang direka oleh studio Barnbrook.

See also
Louis The Game: Permainan Video Baharu Louis Vuitton

Permulaannya dari Barbados sehingga konsert jelajah di seluruh dunia, peminat dapat melihat momen fesyen ikonik dengan lebih dekat dan personal bersama keluarga dan rakan-rakannya. Ia juga turut menyelitkan surat tuliasannya sendiri. Cukup sesuai dijadikan coffee table book yang mencuri perhatian di rumah mahupun pejabat.

Foto: phaidon.com

Buku Rihanna: Queen Size sudah boleh didapati di laman rasmi Phaidon sekarang.

Foto: Instagram @badgalriri & phaidon.com

Baca lebih lanjut: Phoebe Waller-Bridge & Donald Glover: The New Brangelina?