GLAM Kembara: Nhow London Menjanjikan Pengalaman Eklektik
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioBertapak di East London, Nhow London menjadi satu hotel persinggahan unik buat sang pengembara yang mahukan keunikan dalam dekorasi cool serta hip!
Memang London banyak keunikannya. Seni bina yang indah serta sejarah yang cukup gemilang. Setiap zaman mempunyai kisah yang memberi inspirasi kepada masyarakat. London juga menjadi lubuk dalam perkembangan pop budaya yang terbang hingga ke peringkat global. Orang luar memandang London sebagai idola mereka. Kerana di sini banyak benda-benda yang luar daripada minda. Nilai kreativiti yang kota ini miliki juga menjadi aspirasi kepada dunia.

Keunikan yang dimiliki ini menerpa kepada gaya hidup orang London. Jadinya, para pengunjung daripada pelusuk dunia tiba di London mahu merasai kenikmatan citra budaya London. Pilihan unik ini menjadikan Nhow London sebagai destinasi hotel pilihan yang paling eklektik. Ia yang dibuka secara rasminya pada 2020, masih muda dalam arena perhotelan. Tetapi, status hotel ini cepat meningkat naik kerana gaya dekorasi yang unik. Masuk ke ruang lobi utama, ia bagaikan rumah peribadi dengan citarasa yang pancawarna. Pojok utama hotel Nhow London diperhias dengan ikon-ikon penting United Kingdom. Ada Big Ben yang condong menjadi nadi hiasan penting.

Selain itu, ruang lobi yang indah dengan rona-rona pop juga diisi bersama kerusi-kerusi unik. Tidak seperti hotel mewah lain, Nhow London menggabungkan pelbagai kerusi yang berlainan tema dalam satu garapan idea. Maka, memang terasa kita berada di rumah sahabat yang mempunyai idea nan kreatif. Dindin-dinding pula mempunyai imej-imej pop, menaikkan lagi seri hotel. Bagi memberi penghormatan kepada kawasan East London sebagai satu daerah fesyen, hotel ini mempertontonkan jaket-jaket yang digantung atas meja pendaftaran. Busana yang dipasangkan pada patung dawai ini direka oleh pelajar kursus fesyen daripada kolej di kawasan East London.

Bukan sahaja memberikan penegasan gaya unik pada ruang lobi, Nhow London turut mempersembahkan dekorasi kreatif pada bahagian penting yang lain. Bangunan yang mempunyai 190 kamar ini direka dengan nada eksentrik. James Soane daripada firma arkitek Project Orange nyata memberikan nuansa ikonik Britain yang ketara. Setiap pintu bilik bagaikan berada di rumah teres kota London. Lantai pula diserikan dengan permaidani yang mempunyai corak bunga mawar. Tudor Rose adalah bunga kebangsaan kepada England. Rona mewah bunga mawar ini menghidupkan lagi ruang legar ke setiap kamar.

Masuk ke kamar Nhow London, pastinya identiti negara ini masih dikekalkan. Ada grafiti yang bertentangan tema menyambut ketibaan. Budaya Punk dan kerabat diraja England menjadi temanya. Ada gambar-gambar kerabat diraja yang direka dengan seni grafik moden. Memberikan hotel ini sebagai destinasi sempurna buat orang muda. Kemudahan lain yang disediakan adalah gim di lantai paling bawah. Gim direka seakan London Tube dan rona hijau epal dan kelabu menjadi pilihan. Ia dilengkapi dengan mesin-mesin terbaru buat pengunjung yang mahu kekal sihat tatkala kembara ke kota London.
Artikel Berkaitan: Hotel Menarik Mesti Kunjung di Pulau Pinang
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
