Related Stories
Bottega Veneta dan Seni Tenunan Thailand di Bangkok Kunsthalle
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioBottega Veneta bekerjasama dengan Bangkok Kunsthalle menghadirkan pameran seni ‘Weaving Matter and Memory’ yang menampilkan empat seniman Thailand kontemporari.
Dikurasi oleh Somsuda Piamsumrit, pameran Weaving Matter and Memory oleh Bottega Veneta menghimpunkan empat artis seni Thailand kontemporari yakni Jakkai Siributr, Imhathai Suwatthanasilp, Supawich Weesapen, dan Teerapon Sisung. Masing-masing menghayati tradisi tenunan sebagai teknik serta satru bahasa visual kreatif yang kontemporari.

Setiap artis seni menawarkan perspektif yang berbeza namun saling bertautan. Jakkai Siributr menggunakan tekstil, sulaman dan fabrik ditemui untuk menyingkap naratif sejarah dan politik yang sering terlepas pandang. Imhathai Suwatthanasilp pula mencipta arca halus daripada rambut manusia, sebuag bahan yang personal dan rapuh untuk mencerminkan keresahan sosial zaman kini. Supawich Weesapen membina realiti berlapis melalui lukisan dan instalasi yang memadukan alam fizikal, budaya digital, dan kerohanian; manakala Teerapon Sisung menenun struktur daripada dawai tembaga dan logam sebagai tafsiran semula seni tradisional Thai melalui kaca mata identiti dan kuasa.




Tunjang utama pameran ini ialah konsep Intreccio, tenunan kulit ikonik yang menjadi identiti teras Bottega Veneta sejak sekian lama. Di bawah kepimpinan Pengarah Kreatif Louise Trotter, kolaborasi ini menghubungkan falsafah kraf rumah fesyen tersebut dengan landskap seni kontemporari Asia Tenggara, membuktikan bahawa kemewahan dan wacana budaya boleh berjalan seiring.


Ini merupakan kerjasama pertama Bottega Veneta dengan organisasi Khao Yai Art dan institusi budayanya, Bangkok Kunsthalle. Menandakan kesinambungan komitmen rumah fesyen itu dalam advokasi budaya global, selepas kolaborasi sebelum ini bersama Pier Luigi Nervi Foundation di Venice dan Leeum Museum of Art di Seoul.

Weaving Matter and Memory terbuka kepada orang ramai sehingga 5 Julai ini di Bangkok Kunsthalle. Pameran ini bukan hanya meraikan keindahan kraftangan, tetapi mengajak kita merenungi bagaimana setiap helai cerita boleh dikaitkan antara kraf tangan serta geografi.
Artikel Berkaitan: Ekspresi Kreatif Pangrok Sulap Bersama Rip Curl Malaysia
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
