fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
5 Fakta Tentang Puteri Pahang, YAM Tengku Puteri Afzan Aminah
Kebenaran Di Sebalik Perpisahan Camila Cabello & Shawn Mendes
Kanye West Tawar Vaksin Covid-19 Percuma Di Acara Ketiga Donda
Chef Bertaraf Michelin Star Dari Itali Bakal Hadir Ke M Resort & Hotel KL
Oscar 2021, Kejutan dan Sejarah Baharu
Home > Gaya Hidup > Ekspresi Kreatif Pangrok Sulap Bersama Rip Curl Malaysia

Ekspresi Kreatif Pangrok Sulap Bersama Rip Curl Malaysia

Mengangkat suara seni dari Borneo, Pangrok Sulap berganding bersama Rip Curl Malaysia dalam sebuah koleksi yang meraikan identiti dan ekspresi kreatif tempatan. 

Pangrok Sulap berkolaborasi bersama Rip Curl Malaysia untuk menghasilkan dua rekaan eksklusif yang mengetengahkan identiti dan seni tempatan. Sempena inisiatif ‘Artist of The Search’ yang dilancarkan oleh Rip Curl Malaysia, Pangrok Sulap dipilih sebagai bakat kreatif tempatan pertama untuk merayakan seni lokal melalui kolaborasi seni, penceritaan autentik dan rekaan yang sarat dengan identiti setempat. Pangrok Sulap membawakan koleksi kemeja-T edisi terhad yang menggabungkan estetika pantai bersama sentuhan budaya serta elemen urban yang moden. Kolaborasi sulung antara Pangrok Sulap dan Rip Curl Malaysia ini  membuka lembaran baharu buat jenama tersebut, sekali gus memperluaskan dialog antara seni, budaya dan gaya hidup menerusi perspektif kreatif yang berakar pada identiti tempatan.

Sentuhan Seni Lokal Pangrok Sulap

Ekspresi Kreatif Tempatan Pangrok Sulap Bersama Rip Curl Malaysia

Diasaskan pada tahun 2010 di bumi Ranau, Sabah, Pangrok Sulap adalah sebuah kolektif seni yang menghimpunkan individu daripada pelbagai bidang termasuk seni visual, kuratorial, penulisan, penyelidikan, aktivisme, muzik, reka bentuk grafik serta kraftangan. Kepelbagaian kepakaran dalam kalangan ahlinya mewujudkan pendekatan yang lebih menyeluruh dan dinamik dalam setiap projek yang dijalankan. Berteraskan kepercayaan bahawa seni mampu menjadi medium untuk memperkasakan masyarakat, Pangrok Sulap giat melaksanakan pelbagai inisiatif melibatkan pameran, projek komuniti dan kolaborasi yang bertujuan menyumbang kepada pembangunan sosial, budaya, ekonomi serta pendidikan sejak dari tahun 2013. Pendekatan ini menjadikan mereka antara kolektif seni yang berpengaruh dalam landskap seni kontemporari Malaysia.

Dengan sebahagian hasil jualan disumbangkan kepada inisiatif komuniti yang dipilih oleh Pangrok Sulap, koleksi ini menjadi simbol komitmen bersama terhadap perubahan positif, sekali gus membuktikan bahawa fesyen juga mampu menjadi medium untuk menyumbang kepada masyarakat.

Nilai Di Sebalik Setiap Rekaan

Ekspresi Kreatif Tempatan Pangrok Sulap Bersama Rip Curl Malaysia

Kolaborasi antara Pangrok Sulap dan Rip Curl Malaysia ini menawarkan dua koleksi rekaan iaitu Spring Waves dan Waves of Roots. Rekaan Spring Waves menelusuri kehidupan desa di Borneo yang dikelilingi daratan dan lautan. Misalnya, daripada keriangan permainan tradisional tarik upih di laluan tanah hinggalah kepada deruan ombak di lautan terbuka, unsur budaya dan permainan tradisi digarap sebagai satu kisah yang saling melengkapi. Karya ini tidak meletakkan sebarang elemen sebagai lebih utama daripada yang lain. Sebaliknya, susunan figura, motif dan alunan ombak disatukan secara harmoni sekaligus melambangkan kebebasan serta keseimbangan kehidupan yang wujud di antara darat dan laut.

Ekspresi Kreatif Tempatan Pangrok Sulap Bersama Rip Curl Malaysia

Rekaan Waves of Roots pula mengangkat kenangan zaman kanak-kanak di kampung di mana karya ini meraikan detik-detik yang dipenuhi gelak tawa dan kebebasan. Permainan tarik upih yang menjadi fokus utama diterjemahkan sebagai simbol pergerakan, dengan luncuran daun palma yang mengingatkan kepada alunan ombak yang tidak pernah berhenti berarak. Dipersembahkan dalam bingkai berinspirasikan papan luncur dan dihiasi motif warisan Borneo, rekaan ini menyulamkan hubungan antara tradisi dan budaya surfing moden. Ia menjadi gambaran bagaimana memori, identiti dan kebebasan dapat wujud seiring dalam sebuah naskah visual yang penuh makna.

Artikel berkaitan: Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu