fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Fazura Beralih Ke Haluan Kerjaya Baru
Citarasa Warisan Perkahwinan Melayu Di The St. Regis Kuala Lumpur
Kata-Kata Terakhir Putera Harry Kepada Jasad Ratu Elizabeth II
Impresi Pertama: Galaxy Z Flip6 Definisi Gaya Hidup Mewah dan Kreativiti Anda
Penjenamaan Semula NewJeans, Ini Semua Yang Anda Perlu Tahu
Home > Gaya Hidup > Rasai Pengalaman Makan Mewah Bersama Chef Charles Coulombeau Di EQ

Rasai Pengalaman Makan Mewah Bersama Chef Charles Coulombeau Di EQ

Nikmati hidangan mewah daripada Chef Charles Coulombeau di Sabayon EQ. Ahli Malaysia Airlines Enrich boleh menikmati diskaun eksklusif sebanyak 15%!  

Hotel terkemuka EQ, membawakan chef berbintang MICHELIN, Chef Charles Coulombeau, untuk satu kolaborasi eksklusif di restoran bumbung terkemuka mereka, Sabayon. Bermula dari 23 hingga 29 Julai 2026, residensi selama tujuh malam ini menawarkan peluang keemasan buat pencinta makanan mewah di Malaysia untuk merasai sendiri kehebatan air tangan cef terkemuka Perancis ini tanpa perlu merentas benua.

Gabungan Sentuhan Perancis Kontemporari dan Pengaruh Jepun 

Terletak indah di Tingkat 51 dengan pemandangan latar langit Kuala Lumpur yang memukau, Sabayon yang juga pemenang anugerah Wine Spectator Best of Award of Excellence merupakan pentas sempurna bagi acara ini. Chef Coulombeau, yang terkenal menerusi restorannya La Maison dans le Parc dan Yozora, bakal mempersembahkan menu makan malam lima-sajian yang menggabungkan teknik klasik Perancis dengan pengaruh Jepun serta citarasa kontemporari global.

Setiap hidangan direka khas untuk merangsang deria rasa melalui ketelitian pemilihan bahan bermusim. Antara kombinasi unik yang menanti para tetamu termasuklah Avocado, Sake and Pear, disusuli dengan hidangan utama seperti Hamachi, Tamagoyaki bersama Kaviar, sehinggalah hidangan Duck dengan Sushi Rice dan Blackberries. Pengalaman makan malam ini diakhiri dengan pencuci mulut beraroma Orange Blossom, Passion Fruit, Jalapeño, serta manisan Nougat and Bergamot de Nancy sebagai penghormatan kepada tempat asal beliau.

Istimewa buat ahli Malaysia Airlines Enrich, kolaborasi ini turut menawarkan keistimewaan diskaun makan malam sebanyak 15% sepanjang tempoh residensi, selain acara eksklusif satu malam Chef Series bagi mendekatkan ahli dengan kisah di sebalik seni kulinari beliau. Menurut Philip See, Ketua Pegawai Eksekutif Kesetiaan & Perkhidmatan Perjalanan MAG, kerjasama ini adalah komitmen Enrich dalam membawakan gaya hidup eksklusif melampaui sempadan pelancongan biasa.

Tempahan Slot dan Maklumat Pakej Hidangan Mewah 

Pengalaman kulinari premium lima-sajian ini ditawarkan pada harga RM788+ seorang. Anda juga boleh melengkapkan hidangan dengan padanan wain lima-gelas yang dikurasi khas pada harga RM288+, atau pilihan wain premium pada harga RM488+. Tempat adalah sangat terhad. Sila hubungi Sabayon melalui talian +60 3 2789 7839 atau e-mel ke [email protected] untuk tempahan slot eksklusif anda.

Artikel berkaitan: Air Mata Gembira, Nelydia Senrose Bakal Timang Cahaya Mata Sulung Lelaki!