Koleksi Art of Dining Louis Vuitton Cipta Pengalaman Dine-In Yang Elegan
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioKoleksi Art of Dining menawarkan set lengkap peralatan meja, menggabungkan kreativiti dan warisan Louis Vuitton dengan sentuhan moden sekaligus menciptakan pengalaman dine-in yang istimewa.
1. Koleksi Constellation

Koleksi porselin Limoges yang diberi nama Constellation direka untuk menambah sentuhan seni dan keceriaan pada hidangan, dengan setiap kepingan dihiasi tema pointilisme yang mengingatkan kepada bunga Monogram yang ikonik. Terdiri daripada tiga belas kepingan seperti piring sajian, piring pencuci mulut, teko, dan cawan, corak-coraknya mencerminkan elemen bunga, bintang, dan kelopak bunga. Reka bentuk ini menggabungkan seni dan fungsi, memberikan keanggunan untuk pelbagai acara, sama ada sarapan, makan malam, teatime, atau coffee break.
2. Koleksi Splendor

Manakala koleksi Splendor memberikan momen makan yang megah, menggabungkan kehalusan porselin Limoges dengan kilauan emas yang tiada tandingan. Terdiri daripada tujuh belas kepingan, termasuk piring sajian, sauce boat, mangkuk nasi, mangkuk gula, dan mangkuk salad, setiap kepingan dihiasi dengan motif dinamik: huruf L dan V yang bersambungan dan mencerminkan satu sama lain. Dengan tema dua warna yang diperkaya dengan emas, reka bentuk ini memberikan kesan trompe-l’œil yang menambah prestij dan karakter kontemporari pada koleksi ini, mengingatkan kepada estetika Louis Vuitton.
3. Monogram Flower Blue & Beige

Louis Vuitton telah memperkenalkan koleksi Tableware baru mereka. Koleksi ini kini tersedia dalam warna beige baru, merayakan semangat seni Monogram Flower dengan sentuhan kontemporari yang menggabungkan gaya klasik dan moden.
Koleksi peralatan meja Flower Monogram ini, yang diperbuat daripada porselin Limoges, menggambarkan kesucian dan keanggunan yang abadi. Ia hadir dalam palet warna biru dan beige, dengan motif yang menonjolkan reka bentuk grafik bunga Monogram, dilengkapi dengan watercolour effects yang halus di atas latar putih. Koleksi ini menawarkan pelbagai jenis format, dari pinggan elegan hingga mangkuk besar dan teko, menjadikan setiap hidangan terasa istimewa.
5. Twist Glass

Twist Glass dari Louis Vuitton kini tersedia dalam versi Crystal Clear, serta dalam warna menawan Sapphire Blue, Amber, Emerald, dan Venetian Ruby. Setiap kaca mencerminkan sofistikated yang membawa sentuhan istimewa pada setiap hirupan. Reka bentuk dinamiknya menampilkan bentuk berputar yang bermula dari bunga Monogram di dasar kaca, memberikan dimensi artistik pada pengalaman visual dan sentuhan.
6. Flower Carafes

Koleksi ini turut merangkumi Carafe Bunga, yang tersedia dalam warna yang mendalam antaranya Sapphire Blue, Amber, Emerald, dan Venetian Ruby serta Crystal Clear yang halus. Decanter ini selaras dengan kaca-kaca tersebut dan memperlihatkan kemahiran pembuatan kaca Murano. Setiap satu dibuat dengan kepakaran Simone Cenedese, menjadikan setiap kepingan adalah unik.
Artikel Berkaitan: Louis Vuitton Perkenalkan Art Silk Squares Sentuhan Seni Kontemporari
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
