Istiadat Pertabalan: Permaisuri Camilla Beri Penghormatan Kepada Ratu
Selepas tular pelbagai spekulasi, mahkota yang akan digayakan Permaisuri Camilla pada istiadat pertabalan Raja Charles III akhirnya didedahkan.
Istana Buckingham mengumumkan Permaisuri Camilla bakal menggayakan ‘mahkota bersejarah’ di mana ia akan turut memberi penghormatan kepada mendiang Ratu Elizabeth II.
Menurut satu kenyataan, mahkota yang dipilih untuk dipakai oleh permaisuri itu pada 6 Mei 2023 adalah mahkota yang pernah digayakan Permaisuri Mary ketika hari pertabalan suaminya, Raja George V pada 1911.
Kali terakhir seorang permaisuri memakai mahkota sedia ada yang bukan direka khas buatnya adalah pada 1727 oleh Caroline apabila suaminya, George II diangkat menjadi raja. Dia menggayakan mahkota milik Mary of Modena.

Foto: Royal Collection
Walaupun Permaisuri Camilla tidak akan mendapat mahkota baru demi “kelestarian dan kecekapan”, beberapa pengubahsuaian akan dibuat pada mahkota Permaisuri Mary.
Empat daripada lapan gerbang mahkota akan ditanggalkan untuk memberi perspektif berbeza dan mencerminkan gaya peribadi Permaisuri Camilla.
Selain itu permata kontroversi Koh-i-Noor akan digantikan dengan berlian Cullinan III, IV dan V yang merupakan kerongsang kegemaran Ratu Elizabeth semasa hayatnya – tanda penghormatan buat mendiang.

Pemilik bersama syarikat barang kemas Maxwell Stone, Steven Stone memaklumkan pengubahsuaian itu akan menambah nilai dan kilauan pada mahkota memandangkan dua berlian Cullinan bernilai melebihi RM264 juta.
Menurutnya, Cullinan III 94.4 karat dan Cullinan IV 63 karat yang disatukan menjadi kerongsang merupakan berlian ketiga dan keempat terbesar yang dipotong daripada permata asal Cullinan.
Satu lagi berlian yang dikenali sebagai Cullinan V pernah disemat pada mahkota Permaisuri Mary sebelum diubah menjadi kerongsang dan diturunkan kepada Ratu Elizabeth II. Berlian berbentuk hati 18.8 karat itu dianggarkan bernilai RM18 juta.

Foto: Daily Mail
Foto: Getty Images
Baca: Permaisuri Camilla Langgar Satu Tradisi Tertua Di Britain
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
