Samsung Galaxy Z Flip5 Dilancarkan, Kini Tampil Dengan Skrin Depan Lebih Luas! - Glam Malaysia

Samsung Galaxy Z Flip5 Dilancarkan, Kini Tampil Dengan Skrin Depan Lebih Luas!

Samsung Galaxy Z Flip5 telah pun dilancarkan semalam, kini tampil dengan skrin depan lebih luas, ruang penyimpan lebih banyak, apa lagi yang anda mahukan? 

Saat mula dipersaksikan secara global wajah baru Samsung Z Flip5, ramai yang memberikan reaksi positif kerana segalanya tampil lebih baharu dan telah dinaik taraf. Peranti peneraju industri ini menawarkan pengalaman unik untuk setiap pengguna dengan reka bentuk yang cukup anggun dan padat, pilihan penyesuaian yang berpelbagai dan prestasi yang berkuasa. Flex Hinge baharu bukan sahaja membolehkan pengalaman boleh-lipat, malah juga menawarkan reka bentuk yang seimbang dan kukuh daripada segi estetikanya.

Lebih-lebih lagi, peranti boleh lipat yang tiada tandingan ini didayai keupayaan kamera yang luar biasa seperti ciri FlexCam yang membantu pengguna menangkap pelbagai citra gambar dengan penuh kreatif. Dengan prestasi yang lasak dan bateri yang dioptimumkan di samping dikuasakan pemproses terkini, Samsung Galaxy Z Flip5 menakrifkan semula segala kebolehan peranti mudah alih – biarpun dalam keadaan peranti terbuka mahupun terlipat tutup.

“Samsung sedang merevolusikan industri mudah alih dengan peranti boleh lipat yang kini menetapkan lagi memperhalusi piawaian pengalaman pengguna,” kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience di Samsung Electronics. “Saban hari, semakin ramai orang kini memilih peranti boleh lipat kami yang menawarkan pengalaman yang yang tidak terdapat pada mana-mana peranti lain. Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 ialah peranti terbaharu yang membuktikan komitmen kami untuk memenuhi keperluan pelanggan kami dengan teknologi inovatif.”

See also
S Pen Galaxy S22 Ultra: Menguasai Produktiviti dan Kreativiti

Ini Yang Menarik Tentang Samsung Galaxy Z Flip5

Galaxy Z Flip5 menawar pengalaman boleh lipat yang bergaya dan unik dalam peranti bersaiz cilik yang khusus dicipta untuk mencerminkan ekspresi diri.

Ciri Flex Window serba baharu yang kini bersaiz 3.78 kali lebih besar daripada generasi sebelumnya menawarkan pelbagai keupayaan. Ia menyediakan lebih banyak pilihan penyesuaian peribadi, termasuk jam grafik bermaklumat yang boleh dipadankan dengan reka bentuk muka dan bingkai siri jam tangan Galaxy Watch6. Selain itu, Flipsuit Case baharu yang khas melindungi Galaxy Z Flip5 boleh dipadankan dengan reka bentuk Flex Window dengan pilihan kad NFC pelbagai corak, lantas menawarkan lebih banyak pilihan pemperibadian untuk pengguna.

Ketika ditutup, Galaxy Z Flip5 kini menawarkan lebih banyak kebolehgunaan berbanding sebelum ini. Dari Flex Window, pengguna berupaya mengakses maklumat berguna dengan cepat dan mudah. Menerusi ciri Widgets, pengguna boleh menyemak keadaan cuaca, mengawal putaran muzik dan menghayati muzik kegemaran mereka dengan Media Controller, ataupun mengikuti keadaan pasang surut pasaran saham global terkini melalui widget Google Finance.

See also
Trend - Gajet Untuk Kesempurnaan Sudut

Kesemua Widget boleh diakses secara sepintas lalu dan dipilih dengan serta-merta dengan gerak isyarat sentuhan pada skrin untuk mengaktifkan Paparan Multi Widget. Selain itu, semak pemberitahuan dengan mudah dan akses ciri Quick Settings untuk mengendalikan Wi-Fi atau Bluetooth. Tanpa membuka peranti, semak imbas sejarah panggilan untuk membalas panggilan yang terlepas dan balas teks semasa dengan serta-merta menggunakan ciri Quick Reply dengan papan kekunci QWERTY lengkap dan keterlihatan sejarah sembang. Dengan hanya leretan jari pada skrin, pengguna boleh mengakses Samsung Wallet untuk membuat bayaran dengan mudah, mengakses kod QR dan kupon, serta pas masuk, kad keahlian, kunci digital dan pas kesihatan.

Dengan reka bentuk dan rupa terbina yang tiada berbanding, Galaxy Z Flip5 juga menawarkan pengalaman kamera terpaling serba boleh pada telefon pintar Samsung Galaxy. Tangkap swafoto berkualiti tinggi dengan kamera belakang berkat Flex Window yang lebih besar. Pengguna juga boleh menangkap gambar bebas tangan yang menakjubkan dari pelbagai perspektif kreatif menggunakan FlexCam. Pengguna juga boleh melihat dan mengedit tangkapan dengan pantas dan

See also
Samsung Galaxy Watch6, Jam Pintar Mesti Miliki!

mudah dalam Flex Mode juga. Pengguna boleh menyemak, melaraskan ton warna atau memadam imej dengan mudah dengan Quick View dalam Flex Window. Apabila mengambil foto bersama rakan, ciri Dual Preview mencerminkan diri mereka dalam Flex Window dan membolehkan pelarasan dalam masa nyata untuk tangkapan foto yang sempurna. Pengguna juga boleh menangkap rakaman dengan lancar semasa dalam perjalanan dengan ciri Super Steady yang menstabilkan kamera, manakala ciri Auto Framing memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan.

Galaxy Z Flip5 juga menghebatkan setiap foto berkat penambahbaikkan pengalaman kamera dengan kemaskini AI. Cetuskanlah kreativiti diri dengan keupayaan Nightography dipertingkatkan yang mengoptimumkan foto dan video dalam keadaan pencahayaan ambien, walaupun dalam cahaya malap. Algoritma pemprosesan isyarat imej (ISP) berkuasa AI membetulkan sebarang hingar visual yang biasanya merosakkan imej cahaya malap sambil meningkatkan butiran dan ton warna. Foto juga ternyata lebih jelas walaupun dirakam dari jarak yang jauh dengan zum digital 10X.

 

Pautan Berkaitan: #JoinTheFlipSide Bersama Samsung Galaxy Unpacked 2023