Related Stories
Citarasa Warisan Perkahwinan Melayu Di The St. Regis Kuala Lumpur
Bersempena Hari Kemedekaan serta sambutan Hari Malaysia, The St. Regis Kuala Lumpur mengembalikan citarasa warisan perkahwinan Melayu dengan siri ‘Malaysiaku: A Reimagined Malay Heritage Menu – Of Rites & Rituals’.
Dari Perlis sehingga ke negeri Sabah, Malaysia dianugerahi dengan kepelbagaian bahan-bahan, cita rasa dan juga legasi gastronomi. Bersempena Hari Kemedekaan serta sambutan Hari Malaysia, The St. Regis Kuala Lumpur akan mengembalikan citarasa warisan perkahwinan Melayu melalui siri ‘Malaysiaku: A Reimagined Malay Heritage Menu – Of Rites & Rituals’. Menu istimewa ini boleh dinikmati pada 2, 10 dan 16 September di The Brasserie atau pada 1 hingga 15 September secara pesanan atas talian di rumah.
Merentasi kesemua 14 negeri di seluruh negara, ‘Malaysiaku: A Reimagined Malay Heritage Menu – Of Rites & Rituals’ adalah menu 6-sajian yang diinspirasikan daripada adat perayaan tradisional yang dilalui oleh pasangan Melayu untuk memulakan langkah dalam menyatukan dua keluarga dalam ikatan perkahwinan nan suci. Menu ini juga merupakan kesinambungan kepada menu makan malam ‘Malam Warisan Melayu’ yang popular di The St. Regis Kuala Lumpur.
Menu penuh warisan ini dipersembahkan oleh Cef Norazizi Bin Taslim, Cef Mohd. Ridzwan bin Mohamed Rasit, Cef Azizul Bistaman dan juga Chef Saiful Anuar bin Mohd Mimyamit yang memberikan citarasa baharu pada resipi klasik warisan Malaysia. Setiap hidangan yang disediakan bukan sahaja ikonik, ia turut menjadi simbol buat perjalanan perkahwinan setiap pasangan Melayu ke jenjang pelamin nan abadi.
‘Malaysiaku: A Reimagined Malay Heritage Menu – Of Rites & Rituals’
Merisik
TERENGGANU – Keropok Lekor
MELAKA – Hati Itik Bunga Ros
Meminang
PERAK – Bidor Duck Cara Berlauk
SABAH – Lempeng Udang Kara
KEDAH – Tenggiri Asam Gelugor
NEGERI SEMBILAN – Sabak Salai Smoked Beef
Bertunang
KELANTAN – Kerabu Sotong
Malam Berinai
PULAU PINANG – Spiced Lamb Soup
Akad Nikah
WILAYAH PERSEKUTUAN
– Ayam Panggang Madu Tualang
– Jeruk Lobak Putih
– Pulut Kuning, Serunding Ayam
– Saffron-boiled Potatoes with Sambal Bilis
– Lamb Kofta
– Ulam-Ualaman & Sambal
JOHOR – Biryani Gam Rice
Bersanding
JOHOR – Wajik
Bunga Telur
PERLIS – Sugar Cane Caramel Truffle
SARAWAK – Batik Cake
SELANGOR – Mango Praline
PAHANG – Cameron Highlands Strawberry Fruit Pate
Sajian ‘Malaysiaku: A Reimagined Malay Heritage Menu – Of Rites & Rituals’ boleh dinikmati pada 2, 10 dan 16 September 2021 di The The Brasserie, The St. Regis Kuala Lumpur. Atau juga secara pesanan atas talian bermula 1 sehingga 15 September (kecuali 2 dan 10 September) untuk dinikmati terus dari rumah. Kedua-dua pilihan ini berharga RM388.00+ setiap orang. Emel kepada [email protected] atau telefon +6013 2727 6666 untuk lebih maklumat.
Foto: The St. Regis Kuala Lumpur
Baca lebih lanjut: Dari ‘We’re Here’ kepada ‘Medical Top Team’: 6 Rancangan Baharu Perlu Tonton Sepanjang September 2021
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
