Volvo EX30 Kini Di Malaysia Dengan Teknologi Dan Keselamatan Yang Canggih

Volvo EX30 Kini Di Malaysia Dengan Teknologi Dan Keselamatan Yang Canggih

Volvo EX30, kereta elektrik terbaru daripada Volvo kini telah dilancarkan di Malaysia. Padat dengan teknologi dan padat dengan keselamatan, EX30 merupakan ikon terbaharu dalam visi Volvo untuk memberi pelanggan kebebasan bergerak secara peribadi, lestari dan selamat.

Volvo Car Malaysia telah menganjurkan pameran pelancaran dan sesi pandu uji pada Khamis, 26 September hingga Ahad, 29 September di KL Base, Sungai Besi. Pada pameran pelancaran tersebut, pengunjung telah melihat sendiri Volvo EX30 baharu dengan lebih dekat dan mengenai ciri-ciri, teknologi, dan prestasi kereta ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia)

Lebih menarik lagi, pameran pelancaran telah dimeriahkan dengan kehadiran Yaya Zahir, Qalisha Ray dan Julie Anne Kang. Mereka antara yang pertama merasai pengalaman memandu uji Volvo EX30. Pada pameran tersebut, mereka juga telah menyertai Experiential Drive di mana, mereka telah berpeluang untuk mengalami sendiri ciri-ciri teknologi dan keselamatan Volvo EX30. Selepas itu, mereka telah dibawa ke sesi Performance Drive di mana mereka telah merasai sendiri pecutan pantas dan pengendalian dinamik EX30 di landasan Lapangan Terbang Sungai Besi.

Volvo EX30 ditawarkan dalam tiga varian di Malaysia, dua versi Single Motor Extended Range Plus dan Ultra, serta versi Ultra Twin Performance motor berkembar. Ia mempamerkan pecutan terpantas bagi mana-mana kereta Volvo setakat ini. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan teknologi terkini termasuk sistem parkir automatik, antara muka intuitif dengan Google Built-in, sistem Pilot Assist yang dinaik taraf dan kesedaran sekeliling 360° yang lebih selamat dan dibantu oleh kamera, sensor dan radarnya.

See also
YAYA ZAHIR

Pelanggan mempunyai pilihan warna luaran Cloud Blue, Vapour Grey, Crystal White, dan Onyx Black, dengan warna unik Moss Yellow yang diilhamkan oleh lumut yang tumbuh di sepanjang pantai barat Sweden. Warna Moss Yellow tersedia secara eksklusif untuk varian Ultra untuk tempoh terhad di Malaysia.

Selamat Secara Pintar

Pereka Volvo menitik beratkan kepentingan setiap detik, dari segi idea, reka bentuk, pilihan bahan, pengiraan dan ujian untuk membuat kereta yang dimaksudkan untuk setiap perjalanan. EX30 dilengkapi dengan Safe Space Technology Volvo dan sistem bantuan pemandu canggih yang dikongsi dengan kereta terulung Volvo, didayakan oleh radar, sensor ultrasonik, dan kamera yang terletak di sekeliling.

Volvo EX30 juga merupakan kereta pertama yang menyertakan generasi baharu ciri Park Pilot Assist yang boleh menangani ruang parkir selari, melengkung, tegak, dan serong. Park Pilot Assist boleh mengenal pasti ruang parkir yang tersedia dan mengambil alih kawalan pecutan, brek dan stereng untuk mengendalikan kereta.

Dipersonalisasi untuk Kehidupan

Reka bentuk fokus bandarnya ditujukan untuk generasi baru pemilik Volvo yang tinggal atau berulang-alik di bandar, menghargai gaya dan kelestarian, serta mempunyai gaya hidup aktif yang memerlukan pemanduan praktikal dan mudah. Saiz EX30 yang mesra bandar memudahkan navigasi di jalan-jalan bandar yang sibuk dan ruang parkir yang sempit, manakala bonet rendah, lampu depan dan fender yang lebar, roda besar, serta 171 mm jarak dari tanah menambah rupa yakin yang tidak kelihatan janggal di mana-mana.

See also
Volvo Bangkit Dalam Industri Automotif Seiring Malaysia Sejak 1966

EX30 menawarkan kabin yang bersih dan minimalis yang dipertingkatkan dengan lima tema cahaya ambien dalaman. Untuk pengalaman lebih imersif, pemilik boleh memadankan setiap tema pencahayaan dengan suasana bunyi ambien. Ia juga merupakan kereta Volvo pertama yang memperkenalkan sistem bunyi Harman Kardon Premium Sound dalam unit bar bunyi tunggal. Diilhamkan oleh reka bentuk audio rumah, bar bunyi ini menjimatkan ruang di pintu hadapan sambil mengurangkan berat dan bahan tanpa mengurangkan kualiti audio yang tinggi.

Ia adalah satu-satunya SUV sub-kompak dengan Google Built-in, kini dipertingkatkan dengan Apple AirPlay tanpa wayar untuk sambungan lancar. Ia juga dilengkapi dengan aplikasi khusus yang boleh digunakan untuk mengunci dan membuka kereta, menetapkan tahap pengecasan elektrik, dan mengurus tetapan dari jauh.

Elektrik yang Mampan

Setiap langkah dalam mereka bentuk EX30 memberi impak yang signifikan terhadap cita – cita kelestarian Volvo dan perjalanan elektrifikasinya. Dengan menangani pelepasan sepanjang pengeluaran dan kitaran hayat kereta serta penggunaan bahan kitar semula atau boleh diperbaharui, Ia direka untuk mempunyai jejak karbon terendah dalam sejarah kereta Volvo. Bahagian dalam EX30 diilhamkan oleh alam semula jadi, dengan reka bentuk minimalis Scandinavia yang bersih sambil mengekalkan rupa dan rasa premium. Semua varian untuk Malaysia hadir dengan dalaman Indigo yang sporty menampilkan tekstil denim, upholsteri yang diperbuat daripada 100 peratus poliester, dan Nordico dengan kandungan PET, semuanya menggunakan bahan dikitar semula. Manakala bahan plastik diperbuat daripada 30 peratus kandungan kitar semula.

See also
Jom Balik Kampung Dengan Selamat Raya Ini

EX30 ialah kenderaan elektrik penuh terbaharu Volvo Car Malaysia yang bakal dipasang secara tempatan bermula 2025. Harganya bermula dari RM188,888 untuk EX30 Plus, RM208,888 untuk EX30 Ultra, dan RM228,888 untuk EX30 Ultra Twin Performance. Pelanggan di Sabah dan Sarawak boleh mendapatkan varian tersebut pada harga RM188,648, RM208,648 dan RM228,648 untuk setiap varian berbeza.

Seperti setiap model elektrik penuh Volvo, EX30 datang dengan lima tahun Pelan Servis Volvo (VSP), perkhidmatan digital, bantuan tepi jalan 24 jam, serta jaminan kenderaan tanpa had jarak perjalanan. Untuk ketenangan minda pengguna, bateri voltan tinggi dijamin selama lapan tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia)

Pelanggan juga boleh mula membuat pesanan secara dalam talian di www.volvocars.com/my/cars/ex30-electric atau melawat bilik pameran Volvo terdekat. Untuk maklumat lanjut mengenai Volvo EX30, layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook di bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di bit.ly/VolvoMY-IG.