Dari ‘We’re Here’ kepada ‘Medical Top Team’: 6 Rancangan Baharu Perlu Tonton Sepanjang September 2021 - Glam Malaysia

Dari ‘We’re Here’ kepada ‘Medical Top Team’: 6 Rancangan Baharu Perlu Tonton Sepanjang September 2021

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dari kisah percintaan kepada pengembaraan animasi, penonton boleh menyaksikan barisan rancangan baharu seperti ‘We’re Here’, ‘Medical Top Team’ dan ‘Space Jam: A New Legacy’ sebagai hiburan terus dari rumah melalui HBO GO dan banyak lagi.

September sudah tiba dan laman penstriman, HBO GO dan banyak lagi ada membariskan beberapa rancangan baharu yang pasti memberikan hiburan terus dari rumah. Dari kisah percintaan kepada pengembaraan animasi, anda boleh menyaksikan barisan rancangan dan filem baharu seperti ‘Scenes from a Marriage’ yang menampilkan lakonan hebat daripada Oscar Issac dan Jessica Castain serta ‘Space Jam: A New Legacy’ dengan kemunculan ikon bola keranjang, LeBron James. Tidak ketinggalan siri ‘Medical Top Team’ buat peminat K-drama nanti. Berikut adalah enam rancangan dan filem baharu yang boleh anda saksikan sepanjang September ini:

1. Scenes from a Marriage (HBO Original Series)

Tarikh tayangan: 13 September 2021 di HBO GO dan HBO (Astro Ch 411)

Pelakon: Oscar Isaac dan Jessica Chastain.

See also
Jessica Chastain Duta Haruman Terbaharu Ralph Lauren

Sinopsis: Siri lima bahagian ini mengisahkan tentang hubungan Jonathan dan Mira yang kompleks, yang akan mendalami cinta, benci, nafsu, monogami, perkahwinan serta penceraian menerusi kanta pasangan masa kini. Penonton dapat mendengar luahan dan perbualan rahsia antara dua orang yang penuh dengan emosi.

Episod baharu akan ditayangkan setiap Isnin pada waktu yang sama.

Baca lebih lanjut: Ramalan Nominasi Oscar, Transformasi Kristen Stewart Sebagai Puteri Diana Dalam ‘Spencer’ Mengagumkan