Pat McGrath Mentafsir Semula Pensel Bibir Untuk Louis Vuitton
Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan ed...
Read Full BioTidak banyak produk kecantikan yang mampu merapatkan jurang antara pentas peragaan dan rutin harian. Namun itulah yang cuba dicapai oleh Louis Vuitton menerusi LV Crayon, produk terbaharu dalam dunia La Beauté Louis Vuitton yang dibangunkan bersama Dame Pat McGrath.
Selepas pelancaran rasmi La Beauté Louis Vuitton, LV Crayon muncul sebagai kategori baharu yang menggabungkan kepakaran artistik Pat McGrath dengan visi kreatif rumah fesyen Perancis itu. Hasilnya bukan sekadar pensel bibir, tetapi satu objek kecantikan yang membawa ketepatan solekan runway ke dalam kehidupan seharian.

Selama lebih dua dekad, Pat McGrath bertanggungjawab mencipta momen kecantikan paling ikonik di pentas Louis Vuitton. Pengalamannya membentuk cara beliau melihat solekan bibir bukan sekadar sebagai langkah terakhir dalam solekan, tetapi sebagai elemen yang mampu mengubah keseluruhan karakter wajah.
Falsafah itu kini menjadi asas kepada LV Crayon

Seperti kebanyakan ciptaan Louis Vuitton, daya tarikannya bermula pada perincian. Pensel bibir ini tampil dengan siluet Monogram Flower yang diinspirasikan daripada salah satu simbol paling ikonik maison tersebut. Direka oleh Konstantin Grcic, bentuk unik ini bukan sahaja menyerlah dari segi estetika, malah memberikan kawalan yang lebih tepat ketika aplikasi.
Badan kayu hitam matte dipadankan dengan penutup keemasan berukir Monogram Flower, manakala kemasan ombré pada setiap pensel memperlihatkan rona yang tersimpan di dalamnya. Ia adalah contoh bagaimana Louis Vuitton menerapkan bahasa reka bentuknya ke dalam kategori kecantikan dengan cara yang terasa moden dan penuh nilai estetika.

Daya tarikannya tidak terhenti sekadar pada penampilan
LV Crayon turut menampilkan formula yang dibangunkan untuk memberikan keseimbangan antara sensorialiti dan prestasi. Teksturnya yang lembut melebur pada bibir seperti lapisan kedua kulit, sementara kandungan peptida membantu menjadikan bibir kelihatan lebih licin dan terdefinisi. Formula ini juga menawarkan hidrasi sehingga 24 jam, ketahanan warna sehingga 12 jam serta kemasan yang tidak mudah merebak sepanjang hari.

Koleksi ini hadir dalam sepuluh rona yang dipilih dengan teliti, merangkumi nude, rosewood dan merah ikonik yang menjadi signatur Louis Vuitton. Setiap warna direka untuk dipadankan bersama LV Rouge dan LV Baume, membolehkan pelbagai interpretasi solekan bibir daripada yang lembut dan kabur hingga penampilan yang lebih berani dan dramatik.
Seperti mana dunia Louis Vuitton yang sentiasa meraikan craftsmanship, LV Crayon hadir bersama pilihan aksesori eksklusif termasuk Lip Blending Brush, Beauty Sharpener, Beauty Pouch dan Monogram canvas Lip Pencil Case . Lebih daripada sekadar pelengkap, setiap satu direka dengan tahap perincian yang sama teliti, menyempurnakan pengalaman La Beauté Louis Vuitton hingga ke sentuhan terakhir.
Artikel berkaitan: Trend Report: 5 Trend Kecantikan Separuh Pertama 2026
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
