Kérastase Genesis Rangkaian Terbaik Anti-Rambut Gugur - Glam Malaysia

Kérastase Genesis Rangkaian Terbaik Anti-Rambut Gugur

Miliki rambut menawan dan sihat impian setiap wanita. Rangkaian Anti-Rambut Gugur menerusi Kérastase Genesis; Never Be Afraid Of Falling solusi terbaik masa kini.

 

Kita semua pernah mengalami keguguran rambut akibat tekanan, masalah pemakanan dan banyak faktor lain. Rangkaian Anti-Rambut Gugur Kérastase Genesis adalah pilihan paling tepat kerana ia memastikan rambut anda kuat, turut berfungsi menguatkan kulit kepala dan akar rambut. Rangkaian penjagaan rambut ini telah dirumus khas untuk anda yang mempunyai rambut lemah lagi mudah gugur.

Kenalpasti punca masalah

 

Sepertimana yang kita ketahui, ramai di antara wanita mungkin berasa kurang yakin apabila mereka mengalami masalah keguguran rambut. Tekanan akibat keguguran rambut boleh menjejaskan personaliti anda, dan membuatkan anda berasa malu atau bimbang untuk menggayakan rambut. Kembalikan semula keyakinan anda, dan kekalkan rambut kuat nan sihat dengan rangkaian Anti-Rambut Gugur Kérastase Genesis.

Kenapa rambut gugur?

 

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan rambut gugur, tetapi yang paling kerap adalah akar rambut yang lemah sehingga menyebabkan helaian rambut gugur atau rambut rosak dan mengakibatkan rambut bercabang di hujungnya. Ini disebabkan oleh faktor biologi, tabiat pemakanan, pencemaran atau gaya hidup. Alat penggayaan rambut yang dipanaskan merupakan punca utama kenapa rambut mulai keguguran. Sebanyak 88% wanita mengalami keguguran rambut dalam hidup mereka, manakala 40% wanita di bawah umur 35 tahun turut terjejas.

Rangkaian Kérastase Genesis adalah produk penjagaan rambut pertama yang bersifat dwi-tindakan (dual-action) untuk anti-gugur. Rangkaian lengkap ini bertujuan untuk menguatkan rambut anda sebelum masalah rambut gugur berlaku. Kérastase Genesis menyasarkan permasalahan rambut rosak, bercabang dan akar yang lemah. Kelebihan formula menerusi rangkaian ini dibangunkan dengan input daripada pendandan rambut, pakar pemakanan dan pakar dermatologi untuk mengenalpasti punca masalah rambut gugur.

See also
Kempen Sephora ‘Unwrap Their Beautiful’ Serba Interaktif 3D

Kérastase menawarkan ritual istimewa dalam memperkuatkan struktur rambut yang membolehkan anda miliki rambut sihat, berkilat dan berseri. Jika sebelum ini, anda seperti hilang keyakinan diri kerana masalah rambut gugur, Kérastase ingin mengembalikan keyakinan anda, sikap positif dan meningkatkan kesihatan rambut anda. Kehadiran formula dwi-tindakan (dual-action) ini serta-merta menguatkan dan merangsang akar rambut untuk mengurangkan keguguran rambut jangka panjang.

Kenali Ramuan Utama

Kérastase Genesis telah menyusun ramuam optimum untuk memastikan bahawa bahan-bahan ini punya fungsi terbaik dalam menangani masalah rambut gugur dan memastikan kulit kepala sentiasa sihat, kuat dan rambut kembali berseri.

Rawat Akar Lemah

Aminexil 1.5%

Molekul ini didapati menghalang enzim untuk membantu menguatkan rambut. Penyelidikan di L’Oréal merekabentuk molekul yang berkaitan dalam misi membantu dan mengekalkan kolagen dalam rambut, ia juga memelihara nutrisi sihat di dalam kulit kepala. Aminexil 1.5% memastikan kulit kepala yang aktif dan kuat sekali gus mengurangkan rambut gugur dari akar.

Rawat Rambut Pecah

Edelweiss Native Cells

Melindungi rambut daripada sinaran UV dan pencemaran untuk mengelakkan rambut rosak. Mencegah kerosakan kulit kepala, menguatkan akar, dan mengurangkan kerosakan rambut.

Ginger Root

Merangsang peredaran mikro untuk menjana akar yang sihat dan kuat. Membantu menggalakkan dan memelihara kulit kepala yang sihat.

Artikel berkaitan Kérastase Spécifique Penyelesaian Kepada Masalah Rambut Anda

See also
Bella Kuan Temui Cinta Baharu Bersama Koleksi Kérastase Symbiose

Rangkaian Kérastase Genesis

GLAM baru-baru ini menguji keberkesanan rangkaian Kérastase Genesis-Anti Hair-Fall bersama barisan selebriti terkenal Mimi Lana, Lizz Chloe dan Sharifah Rose. Menerusi klip video ini, mereka kelihatan lebih yakin dan terpesona, Never Be Afraid Of Falling.

Rangkaian penjagaan rambut Kérastase Genesis menampilkan sejumlah tujuh produk penjagaan rambut. Untuk keputusan memberangsangkan, sebaiknya gunakan rangkaian penuh untuk memastikan anda mendapat hasil yang maksimum. Produk ini digunakan dalam 4 langkah Bersih, Rawat , Aktif dan Lindung untuk membantu anda melindungi rambut anda pada setiap masa.

Langkah 1: Bersih

Terdapat dua pilihan syampu yang tersedia. Sapukan syampu pada kulit kepala dan pada rambut lembap, biarkan ia berbuih dan bilas dengan air bersih.

 

Kérastase Genesis Hydra-Anti Hair-Fall Fortifying Shampoo untuk rambut jenis halus dan berminyak. Syampu secara perlahan-lahan agar dapat menghilangkan sebum dan kotoran pencemaran sambil melakukan anti-oilness action yang bertindak untuk meleraikan rambut kusut dengan mudah.

 

Kérastase Genesis Nutri-Anti Hair-Fall Fortifying Shampoo untuk rambut jenis tebal atau kering. Formula yang terkandung membantu menguatkan gentian rambut, dan memberikan nutrisi yang kuat.

Langkah 2: Rawat

Langkah ini memerlukan anda menggunakan 2 produk, perapi dan pupur rambut.

 

Kérastase Genesis Anti Hair-Fall Conditioner membantu menyuburkan gentian rambut dan meleraikan rambut. Sapukan pada rambut yang telah disyampu, biarkan selama 2-3 minit dan bilas dengan air bersih.

 

Kérastase Genesis Anti Hair-Fall Intense Fortifying Masque pula bertindak untuk memberi penghidratan dan nutrisi yang kuat. Sapukan pupur pada rambut yang disyampu, biarkan selama 5 minit dan bilas hingga bersih.

See also
2 Minit Kulit Licin Biar Betul? Ini Rahsianya

Langkah 3: Aktif

Serum harian membantu menguatkan kulit kepala secara berterusan dari masa ke masa, membina ketahanan dan kekuatan pada rambut anda. Dengan menggunakan serum setiap hari, ia akan membina persekitaran yang ideal untuk pertumbuhan rambut baru.

 

Kérastase Genesis Daily Anti Hair-Fall Fortifying Serum, gunakan sekali sehari pada waktu pagi atau sebelum tidur. Sapukan 4 pipet pada kulit kepala anda, dan urut perlahan-lahan ke dalam kulit kepala. Jangan bilas.

 

Semasa kemuncak rambut gugur, Kérastase Genesis Anti Hair-Fall Fortifying Ampoules menyediakan penawar terbaik. Keunikan bahan-bahan ini bertindak sebagai merawat secara mujarab dan serta-merta mengaktifkan untuk mengurangkan keguguran rambut dengan kuat. Setiap ampul membekalkan nutrisi pada rambut agar lebih kuat dan cantik.

Langkah 4: Lindung

Lindungi rambut anda daripada ketegangan dan haba kepanasan akibat pengunaan alat penggayaan rambut.

 

Pilihan Anti Hair-Fall Fortifying Blow-Dry Fluid melindungi rambut daripada tahap kepanasan 220 Darjah Celcius, selain meleraikan dan menghidrat gentian rambut. Sapukan pada rambut basah sebelum pengeringan. Ia menyediakan perlindungan anti-pecah, memastikan rambut anda kuat dan sihat.

Untuk hasil yang sempurna, GLAM mengesyorkan anda agar menggunakan rangkaian Kérastase Genesis-Anti Hair-Fall selama 6 minggu untuk melihat keberkesananya. Rangkaian ini sesuai untuk semua jenis rambut, dari akar halus, tebal, berminyak dan jenis rambut kering. Pastikan anda memilih syampu yang betul untuk jenis rambut anda. Tampil dengan penuh keyakinan dan rambut yang sihat dengan rangkaian Kérastase Genesis-Anti Hair-Fall yang baharu.