fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Braun Büffel Memperkenalkan Pengarah Kreatif Baru & Koleksi Kapsul
25 Selebriti Tampil Paling Stylish Di Malam #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024
Terang Dan Segar Dihimpunkan Musim Bunga H&M
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
GLAM Persona: Nora Danish Reborn
Home > Fesyen > Hailey Bieber Membintangi Kempen Terbaharu Miu Miu

Hailey Bieber Membintangi Kempen Terbaharu Miu Miu

Hailey Bieber mengetuai kempen Miu Miu Musim Luruh/Sejuk 2026 bersama Xiao Wen Ju dalam siri visual yang mengangkat sisi feminin moden menerusi estetika yang nyata sinematik.

Hailey Bieber just enters the world of Miu Miu! The It-Girl generasi kini, Hailey Bieber tampil mengetuai kempen terbaharu Miu Miu Musim Luruh/Sejuk 2026 bersama Xiao Wen Ju menerusi siri visual yang dirakam oleh Zoe Ghertner. Berlatarbelakangkan suasana malam yang diselubungi rona biru dan cahaya industri yang malap, kempen ini memperkenalkan sisi feminin yang lebih tenang, intuitif dan penuh keyakinan. Setiap imej visual hadir seperti sebuah bingkai filem, lantas memperlihatkan wanita Miu Miu yang tidak perlu bersuara lantang untuk meninggalkan kesan.

Kempen Miu Miu Musim Luruh/Musim Sejuk 2026 Meraikan Pelbagai Sisi Feminin

Label Miu Miu terus mengembangkan tafsirannya terhadap gaya feminin dengan meraikan pelbagai sisi seorang wanita ke dalam satu himpunan koleksi. Fabrik seperti stretch poplin, washed double cashmere, linen, tweed, satin dan tulle bersulam membentuk siluet yang lembut serta dekat pada tubuh, sementara perincian reben dan pita menghidupkan sentuhan romantik yang menjadi identiti jenama itu. Pada masa sama, jaket shearling bersaiz besar, kot opera dan topi trapper juga  memperkenalkan elemen perlindungan yang menjadikan setiap helaian terasa lebih praktikal tanpa mengorbankan keanggunannya.

Koleksi ini turut disempurnakan dengan deretan aksesori yang menjadi nadi kepada gaya Miu Miu musim ini. Tas tangan Vivant, Rendez-vous serta Arcadie yang nyata ikonik tampil dalam kemasan kulit lembut, manakala kasut Bubble yang mula diperkenalkan pada awal era 2000-an kini kembali diberi nafas baharu. But kulit paras lutut, sandal berhias serta cermin mata berinspirasikan era 1970-an menyempurnakan keseluruhan penampilan dengan keseimbangan antara fungsi dan karakter. Kempen ini turut menandakan kemunculan Hailey Bieber dalam dunia Miu Miu, membawa bersama imej wanita moden yang yakin dengan identitinya sendiri dan tidak terikat pada satu definisi gaya.

Artikel berkaitan: Miu Miu Signatures: Kod Denim Yang Nyata Ikonik