GLAM Persona: Nora Danish Reborn - Glam Malaysia
nora danish

GLAM Persona: Nora Danish Reborn

Percaya atau tidak, 2021 menjadi taruhan terakhir Nora Mohd Danish Hanif bermain di dalam liga usia 30an, she is turning 40 tepat pada jam 12 pagi, 7 Mac 2022. Namun wanita yang duduk berhadapan dengan saya ini masih terlalu muda remaja, kulitnya berseri indah, senyuman mengukir di hujung bibir, mata bundar dan aura pesona yang masih lagak bintang.

Pengarah Kreatif: Aizat Aidid Pengarang Fesyen: Johan Kasim Gambar: Edmund Lee Solekan: Syed Faizal Dandanan: Ckay Liow Teks: Iqbaq V Azwan Mukhtaram Baju dan Aksesori: Coach Musim Bunga 2021

nora danish

Apa yang Nora paling sukakan tentang diri sendiri kala usia menginjak ke angka 40? “Nora sukakan pemikiran positif, sentiasa bersangka baik dan jauhkan diri daripada segala macam rasa “hitam” yang boleh merosakkan mood kita. Seikhlasnya Nora juga menjaga luaran sepenting dalaman, daripada bersenam, mengambil jamu dan menjaga diri sebaik mungkin, it also helps to have a lot of love around you, give love and receiving love. Satu tabiat buruk yang Nora cuba untuk hentikan adalah obsesi yang teruk pada telefon bimbit, Nora benar benar sedar akan tabiat ini ketika menjalani PKP 2020 yang lalu. Nedim akan sibuk bermain dengan permainan video atas talian manakala Nora sendiri ralit dengan telefon bimbit. So we decided to change it and have pockets of time where we simply talk and enjoy each other’s company. Nedim ini orangnya sangat mendengar, cukup mengambil berat dan attentive. A good lockdown partner to have,” membuka perbualan GLAM dan Nora pagi itu sambil di tatarias Syed Faizal dan didandan Ckay Liow.

nora danish
JAKET DENIM COACH

Bila di soal kiranya arena seni dan hiburan dapat bertahan mengharungi pandemik, Nora Danish melihat ia secara positif dan optimis “Dengan memaksa orang untuk berada di rumah, televisyen dan hiburan menjadi satu aspek penting kala melalui waktu yang mencabar ini. Jadi kebanyakkan stesen televisyen dan produksi berkejar-kejar mahu sudahkan rakaman untuk disiarkan terus di semua platform tayangan. Namun Nora sedih melihat keadaan panggung wayang yang kini terlampau sunyi, tiada lagi dedaian penonton yang pergi menonton dan menghidupkan industri seni ini termasuk konsert, teater dan budaya yang lain. Apa yang di risaukan juga adalah perihal tenaga kerja perfileman yang terhenti daripada mencari rezeki untuk keluarga mereka. But I am a believer that it will bounce back soon, maybe not the same way as before but it will bring people back to the cinemas, halls and shows,” bilang Nora yang cukup optimistik.

See also
Ini Era Sharifah Rose

 

NORA DANISH
DRESS DAN BEG PILLOW TABBY DI COACH

Artikel sepenuhnya di dalam GLAM MAC 2021

Pautan berkenaan: GLAM Persona: Next Gen 2021