Kreativiti Tanpa Batasan Bersama Gucci Beauty Dan GLAM Beauty Club
7 Gaya Rambut Pendek Selebriti Yang Membuktikan Rambut Pendek Sentiasa Chic
10 Inspirasi Trend Warna Rambut Popular 2023 Untuk Dicuba
Rouge Dior Baharu Tampil Dengan 75 Warna
Rawatan Spa Paling Berprestij Kini Di Starhill, Malaysia
Home > Cantik > Kulit Berseri Bermula Dengan Ritual Body Care Yang Tepat!

Kulit Berseri Bermula Dengan Ritual Body Care Yang Tepat!

Untuk mendapatkan kulit yang sentiasa berseri, ritual body care perlu dilakukan secara menyeluruh, bermula dengan eksfoliasi bagi menyingkirkan sel kulit mati, diikuti pembersihan yang lembut tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi kulit. Lengkapkan rutin dengan pelembap badan untuk mengunci hidrasi, sentuhan body oil bagi menyerlahkan kilauan semula jadi serta perlindungan daripada sinaran UV untuk menjaga kesihatan kulit. Namun, glow yang sebenar turut bermula dari dalam melalui gaya hidup seimbang, hidrasi mencukupi dan penjagaan diri yang konsisten.

Kulit wajah sering menjadi fokus utama dalam rutin kecantikan, namun hakikatnya, kulit tubuh anda juga memerlukan perhatian yang sama. Pendedahan kepada sinaran matahari, pendingin hawa, pencemaran dan gaya hidup harian boleh menyebabkan kulit kehilangan kelembapan, tampak kusam dan menghadapi pelbagai iritasi. Justeru, rutin body care yang konsisten bukan sahaja membantu mengekalkan kesihatan kulit, malah menyerlahkan glow semula jadi yang boleh membuatkan anda tampil lebih yakin setiap hari. Jika anda mengimpikan glow semula jadi dari hujung kepala hingga ke hujung kaki, GLAM kongsikan ritual yang wajar dijadikan amalan harian!

Ini Rutin Body Care Untuk Kulit Berseri Dan Sihat!

1. Eksfoliasi, singkirkan sel kulit mati 

Kulit Berseri Bermula Dengan Ritual Body Care Yang Tepat!

Sebelum mencapai kulit yang lembut dan berseri, singkirkan terlebih dahulu sel kulit mati yang terkumpul pada permukaan kulit. Anda boleh gunakan skrub badan satu hingga dua kali seminggu untuk membantu memperbaharui tekstur kulit dan memastikan produk penjagaan badan lain menyerap dengan lebih baik. Anda boleh pilih formulasi yang lembut agar kulit kekal selesa tanpa rasa kering atau iritasi. Misalnya, Sol De Janeiro Bum Bum Body Scrub adalah skrub badan bertekstur halus yang membantu menanggalkan sel kulit mati serta menutrisi kulit menerusi formula tanpa microbeads. Diperkaya dengan guaraná kaya kafein dan biji Cupuaçu yang dihancurkan, ia memberikan sentuhan krim mewah yang menjadikan kulit terasa halus, lembut dan tidak berminyak, sambil disempurnakan dengan haruman ikonik Cheirosa ’62.

2. Bersihkan badan tanpa menghilangkan kelembapan

Kulit Berseri Bermula Dengan Ritual Body Care Yang Tepat!

Sabun badan yang sesuai turut memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelembapan kulit. Anda boleh pilih pencuci badan dengan formula yang melembapkan serta diperkaya bahan seperti glycerin, ceramide atau minyak semula jadi. Selain membersihkan, ia membantu mengekalkan lapisan pelindung kulit agar kelembapan tidak mudah hilang selepas mandi. Contohnya, L’Occitane Almond Softening Shower Oil ini adalah minyak mandian yang berubah menjadi buih lembut apabila bersentuhan dengan air dan membersihkan tubuh secara halus tanpa menjejaskan kelembapan semula jadi kulit. Diperkaya dengan minyak badam manis dari Provence dan Lembangan Mediterranean, ia membantu memelihara lapisan hidrolipidik kulit sambil meninggalkan haruman badam segar yang lembut.

3. Jangan abaikan pelembap badan

Rahsia kulit yang tampak sihat dan berseri sering kali terletak pada satu langkah mudah, iaitu penggunaan losen atau krim badan setiap hari. Anda boleh sapukan pelembap sebaik sahaja selesai mandi ketika kulit masih sedikit lembap bagi mengunci hidrasi dengan lebih efektif. Kulit yang cukup lembapan bukan sahaja terasa lebih lembut, malah memancarkan cahaya secara semula jadi untuk penampilan yang lebih glowing. Antaranya, anda boleh dapatkan Salt & Stone Neroli & Basil Body Lotion iaitu losen badan harian dengan tekstur ringan yang diperkaya dengan ekstrak rumpai laut dan niacinamide untuk memberikan hidrasi mendalam kepada kulit anda. Formula yang mudah menyerap ini membantu menutrisi kulit dengan pantas, meninggalkan kemasan lembut.

4.Tambahkan sentuhan body oil

Kulit Berseri Bermula Dengan Ritual Body Care Yang Tepat!

Jika mengimpikan kemasan kulit yang kelihatan anjal dan glowing, body oil ialah pelengkap yang tidak wajar dilepaskan. Anda boleh gunakannya sebagai langkah terakhir dalam rutin body care atau campurkan beberapa titis bersama losen badan untuk memberikan kilauan yang tampak sihat tanpa rasa berminyak. Lebih penting, anda perlu pilih minyak yang ringan agar mudah menyerap dan selesa dipakai sepanjang hari. Tom Ford Beauty Soleil Blanc Shimmering Body Oil adalah minyak badan berkilauan yang turut berfungsi sebagai wangian, diperkaya dengan haruman floral amber dan kayu cendana. Sentuhan kilauan emas dan helaian platinum boleh mencipta pantulan cahaya yang mempesona, sekaligus memberikan kemasan kulit seakan the perfect tan! 

5. Lindungi kulit daripada sinaran UV

Kulit Berseri Bermula Dengan Ritual Body Care Yang Tepat!

Kulit tubuh anda juga memerlukan perlindungan daripada sinaran UV, terutama pada bahagian yang terdedah seperti tangan, kaki dan bahu. Penggunaan pelindung matahari setiap hari boleh membantu mencegah tona kulit tidak sekata, hiperpigmentasi serta tanda-tanda penuaan pramatang. Langkah ini dapat memastikan usaha mendapatkan kulit glowing tidak terjejas akibat pancaran matahar yang tidak dilindungi. Supergoop! Play Everyday Lotion SPF 50 adalah losen pelindung matahari untuk wajah dan tubuh yang hadir dengan formula baharu yang dipertingkatkan serta menawarkan perlindungan SPF 50 dengan tekstur ringan serta mudah menyerap. Tahan terhadap air dan peluh sehingga 80 minit, ia membantu melindungi kulit tanpa meninggalkan rasa melekit atau berminyak. 

6. Glow bermula dari dalam

Ritual body care tidak akan lengkap tanpa penjagaan dari dalam. Pastikan tubuh anda menerima hidrasi yang mencukupi, amalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksidan serta dapatkan rehat yang berkualiti. Apabila tubuh berada dalam keadaan terbaik, kulit juga akan memancarkan seri yang sukar ditandingi. Tambahan lagi, kulit yang berseri bukanlah hasil perubahan dalam sehari, sebaliknya lahir daripada rutin yang dilakukan dengan konsisten. Dengan memberikan sedikit masa untuk menghargai tubuh anda setiap hari, body care bukan lagi hanya menjadi rutin kecantikan, tetapi sebuah ritual yang menghadiahkan kulit sihat, lembut dan glowing secara semula jadi.

Artikel berkaitan: Ini Kesilapan Ramai Ketika Menggunakan Pelembap Wajah