Bold Eyes Atau Bold Lips? Ketahui Bila Masa Yang Sesuai Untuk Menggayakannya
Marissa Suhaila ialah penulis gaya hidup di GLAM Malaysia. Menulis tentang gaya hidup, pen...
Read Full BioDaripada smokey eyes yang dramatik hingga gincu merah yang berani, kedua-duanya mampu mengubah keseluruhan penampilan. Namun, penting untuk mengetahui waktu yang sesuai untuk menggayakanya supaya tampil lebih menyerlah.
Solekan itu adalah seni dan karya mengikut perspektif atau pendapat indiviual. Namun, gaya solekan sentiasa berubah mengikut arus trend semasa. Walaupun solekan tidak mempunyai undang-undang, ada pentinnya untuk kita belajar dan memahami struktur wajah supaya solekan itu menyerlahkan lagi rupa wajah kita. Namun, ketika bersolek terdapat dua pilihan iaitu Bold eyes atau Bold lips, ataupun gabungkan kedua-duanya sekali.
Bold Eyes Untuk Penampilan Lebih Dramatik

Daripada smokey eyes yang dramatik, graphic eyeliner, dan solekan mata berwarna terang yang berani, tak dinafikan solekan mata mempunyai aura yang mampu memberi impak kepada seluruh penampilan. Gaya ini sering menjadi pilihan acara malam seperti konsert, parti, majlis makan malam, atau acara karpet merah bagi selebriti kerana ia lebih menyerlah dalam pencahayaaan yang malap.
Bold Lips Untuk Gaya Yang Ringkas Tetapi Menawan

Bila sebut tentang bold lips, kita pasti teringat akan gincu berona merah. Bold lips bermaksud bermain dengan rona warna warna yang berani samada gelap mahupun terang. Sering dipadankan dengan solekan mata yang natural dan tidak terlalu berat yang mampu menaikkan seri wajah. Namun, mengikut atas kreativiti tersendiri adakalanya solekan mata yang juga boleh dipadankan dengan rona gincu yang bold! gaya ini sesuai digayakan ke pejabat, temu janji mahupun acara siang kerana memberikan sentuhan elegan dan sofistikated dalam masa yang singkat.
Bolehkah Anda Mengayakan Kedua-duanya?

Akhirnya, tiada peraturan tetap dalam dunia kecantikan, hanya lebih sesuai. Pemilihan gaya dan warna yang tepat dengan rupa wajah memainkan peranan penting. Padanan gaya yang sesuai dapat menghasilkan, mix and match solekan yang cantik. Walaupun ramai berpegang kepada konsep memilih satu fokus utama, gabungan bold eyes dan bold lips bukanlah sesuatu yang mustahil. Penampilan sebegini sering dilihat dalam sesi editorial fesyen, pertunjukan runway atau acara karpet merah. Namun, keseimbangan tetap penting bagi memastikan solekan kelihatan kemas dan tidak berlebihan. Antara selebriti yang sering mengayakkan kedua-duanya ialah, Doja cat dan Zendaya, sama ada anda memilih bold eyes atau bold lips, yang paling penting ialah kesesuaian dengan acara serta keyakinan ketika menggayakannya.
Artikel berkaitan: 15 Langkah Penjagaan Tangan, Perlu Atau Berlebihan?
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Wanita Idaman: Hot Girls On The Block
#NYFW: Hello to Next Season’s Kate Spade
Fokus – Item Pelengkap Keselesaan Ruang
Permata Mewah Pilihan Selebriti Terkemuka
Butik Sam Edelman Kini Tiba Di Kuala Lumpur!
Upacara Pembukaan Semula COACH KLCC Diraikan Bersama Rakan S...
Santai – Plane in the City Kuala Lumpur
Deanna Ibrahim Kongsi Tip Libur
13 Warna Buat Riasan Mata Dari Dior
25 Penyanyi Hollywood Terlaris Dahulu Hingga Kini
Mahu Secantik Gisele Bundchen?
David Beckham Berkorban Demi Ratu Elizabeth II
Horologi GLAM: Age of Opulence
Tanpa Kim Cattrall, ‘Sex and the City’ Akan Kembali Di H...
GLAM Lelaki Disember 2015
camel active Memperkenalkan Koleksi Denim Story
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
