Warna Rambut 10 Terkini Untuk Penampilan Cantik & Segar

10 Inspirasi Trend Warna Rambut Popular 2023 Untuk Dicuba

Trend warna rambut wanita sentiasa berubah mengikut musim tersendiri. Ramai beranggapan bahawa tahun baru adalah masa yang sangat sesuai untuk memulakan penampilan yang baharu, namun sebenarnya anda boleh ubah gaya bila-bila masa sahaja!

Selain mengubah rupa, transformasi rambut boleh memberi kesan kepada gaya peribadi dan dapat menyerlah daripada pelbagai aspek personaliti anda yang tidak pernah ada sebelum ini.

Ada pelbagai rona yang anda boleh cuba daripada “bright and bold colourkepada “soft and natural colour”. Jadi jika anda bersedia untuk ubah menampilan hari, GLAM senaraikan 10 trend warna terkini yang anda boleh cuba.

Top 10 Trend Warna Rambut Wanita  Popular

Jika anda berfikir untuk menukar rona yang baharu tetapi tidak tahu apa yang anda inginkan, kami ada di sini untuk membantu anda.

1. Contrast Balayage

“Balayage” atau disebut sebagai Bah-Lee-Ahge berasal daripada Perancis yang membawa maksud kepada “sweeping”. Ianya seperti sweep kepada lightener rambut untuk mencipta highlights.

Teknik Balayage adalah mewarnai highlights pada rambut dengan cara free hand. Ia menghasilkan gradasi ringan yang lembut dan semula jadi ke arah hujung rambut.

warna rambut balayage

Foto: Pexels

Untuk mendapatkan warna Balayage Contrast ini, warna asas mocha gelap dan warna perang terang hendaklah dicampurkan. Ini menunjukkan percampuran warna rambut yang gelap dan terang, meningkatkan keriting dan menambah dimensi pada rambut lurus sangat menarik perhatian.

See also
Eksklusif: Diari Cantik Bersama Khadija Meor

2. Brunette

Warna rambut Brunette adalah warna rambut wanita kedua yang paling biasa dilihat selepas warna rambut hitam. Rona rambut Brunette ada beberapa shades bermula daripada rona coklat paling terang (kemerah-merahan) hinggalah yang paling gelap. Jika anda belum mencuba rona ini, sudah tiba masanya untuk anda mencuba.

Foto: Freepik

3. Peachy Rose

Walaupun rambut berwarna ash dan platinum sangat popular sejak beberapa tahun ini, namun warna rambut Peachy Rose pula rona trendy tahun ini!  Warna Peachy Rose ini adalah warna yang feminin dan lembut untuk anda yang ingin membuat perubahan yang menarik pada diri.

Namun begitu, Peachy Rose ada beberapa tone yang anda perlu pertimbangkan terlebih dahulu. Jika kulit anda lebih cerah, pilih undertone rona oren dan merah agar penampilan tampak lebih menawan.

warna rambut peachy rose

4. Cinnamon Latte Brunette

Trend rambut berwarna Cinnamon Latte Brunette adalah warna merah yang lebih pekat dan sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit muka jenis gelap dan sawo matang.

Rona ini sebenarnya mencipta kontras yang cantik untuk mana-mana kulit. Yang penting anda menggunakan syampu dan perapi rambut yang bersesuai agar rambut sentiasa sihat dan tidak mudah rapuh selepas diwarnakan.

See also
Sembang Fesyen: Fairuz Ramdan

5. Barbie Blonde

Sejak filem Barbie ditayangkan, warna perang Barbie yang dibintangkan oleh Margot Robbie telah menjadi bualan hangat warganet. Ia sudah semestinya menjadikan warna rambut ini menjadi trend rambut yang terhangat pada tahun 2023. Rona perang ini semestinya tidak terlalu icy seperti yang disangkakan ramai.

Tahukah anda bahawa rona perang ini hadir dalam range antara pale gold dan neutral jadi ia sesuai untuk semua jenis warna kulit. Namun, going blonde juga melibatkan bleaching. Jadi jika rambut anda kering, rapuh dan tidak sihat, anda tidak digalakkan untuk cuba rona ini sekarang.

warna rambut barbie blond

6. Blended Bronde

Satu lagi pilihan yang sangat mudah iaitu Blended Bronde. Warna ini memberikan rambut coklat menjadi tona yang cool. Apa yang menarik tentang rambut ini ialah ia memberikan keseimbangan yang sangat sempurna kepada mereka yang ingin mempunyai warna rambut tona brown warm dan light blonde.

Foto: Freepik

7. Soft cool black

Ramai yang menganggap warna hitam adalah warna yang sangat biasa dilihat sedangkan warna rambut hitam boleh menarik perhatian dengan cara yang paling menakjubkan jika anda sentiasa memastikan ia padan dengan tona kulit anda.

Seperti mana-mana rona rambut, rona soft cool black juga memerlukan perhatian agar rambut tampak lebih sihat dan menawan. Jangan lupa untuk menggunakan colour-protecting shampoo dan perapi rambut dengan kerap. Jika anda mempunyai masa, sapu hair mask for that extra love, agar rambut lebih kuat selain menghalang split ends terjadi.

See also
Lady Gaga Meluahkan Perasaan Dalamannya

8. Glossy Mocha

Glossy Mocha ini sememangnya kelihatan seperti rona coklat biasa, tetapi anda boleh tambah lebih banyak highlight dan lowlight untuk membuatkan rambut lebih menawan. Rona ini popular kerana lebih neutral dan sesuai untuk semua warna kulit.

warna rambut glossy mocha

9. Apricot Red

Warna rambut Apricot Red ini ada lebih kepada light. Warna rambut ini kelihatan warna yang sangat lembut berbanding dengan warna-warna rambut lain yang popular. Rona ini seperti warna merah tembaga yang cerah, dan kian popular kerana ia menambahkan daya tarikan utama pada rambut merah yang semula jadi.

10. Gemini Hair

Gemini hair colour merupakan dua tone yang dibahagikan separuh daripada rambut iaitu sebelah kiri dan kanan. Contohnya, separuh rambut biasanya warna semula jadi rambut anda ­­dan separuh lagi adalah warna terang dan kontras seperti merah, hitam, hijau, merah jambu dan sebagainya.

Hair colour ini sememangnya in trend bagi mereka yang inginkan penampilan lebih ranggi dan outgoing. Definitely not for the faint of heart!

Artikel berkaitan : 7 Makanan Ini Untuk Memperkuat Rambut Anda