Litupan Sempurna Lagi Ikonik
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioTiada lagi masalah kulit kusam kerana YSL Beauty cetus evolusi bersama bedak cecair ikonik, ALL HOURS FOUNDATION.

YSL Beauty seperti mengetahui apa yang terbuku di isi hati wanita dengan memenuhi setiap kehendak wanita seluruh dunia. Yang inginkan pelindungan lama dan kekal sepanjang hari! Hari ini, ALL HOURS FOUNDATION punya keunikan yang didam-idamkan. Masih mengekalkan kemasan matte bersinar tetapi tahan selama 24 jam. Kehadiran formula istimewa seperti ekstrak kelopak bunga Melati yang dipetik khas dari taman komuniti YSL Beauty Ourika, cipta ilusi wajah bercahaya dan natural.
Wajah tidak lagi tampil dengan permukaan bercapuk atau berminyak walaupun seharian memakainya kerana bedak asas ini dicipta untuk memberi litupan secara menyeluruh untuk 24 jam dan bertekstur weightless. Sudah menjadi trend, ALL HOURS FOUNDATION turut mempunyai kandungan khas dalam menjaga kulit wajah. Sebanyak 77 peratus formula seperti kompleks asid hialuronik yang digunakan sebagai melembapkan dan menganjalkan kulit. Bio-Affinity Coating Powder memberi efek second-skin.

Tidak lengkap tanpa pelindungan asas, ALL HOURS FOUNDATION melindungi wajah dengan SPF 20 dan kalis air terutama sewaktu berpeluh. Jika anda memakai pelitup wajah, teskturnya tidak akan melekat atau hilang. Malah, rekabentuk kelongsong bedak asas ini menyuntik semangat desain Couture yang sememangnya lambang utama jenama fesyen terkemuka ini.
Artikel berkaitan Personaliti Dan Definisi Kebebasan #IAMLIBRE
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
