Related Stories
Palet Solek Kate Moss, Worth It Atau Tidak?

Walaupun beliau pernah menjadi wajah utama kempen oleh berbagai-bagai jenama gergasi, termasuklah Calvin Klein dan Kerastase, Kate Moss jarang memberi namanya ke produk-produk sendiri. Kolaborasi supermodel antarabangsa ini dengan jenama kecantikan Rimmel London buat ulang tahun mereka yang ke 15 pada tahun lepas merupakan salah satu gandingan bahu Kate bersama mana-mana produk.
Walau bagaimanapun, Kate Moss dikhabarkan baru sahaja melancarkan palet pertamanya, hasil sinergi bersama jenama Jepun, Decorté. Ia merangkumi pembayang mata berona taupe dan perang, gilapan gincu merah klasik dan beri ungu. Termaklumlah bahawa Kate sendiri membawa karakternya dalam setiap tona warna palet tersebut.

“Saya cenderung untuk memilih rona yang sesuai buat kerja, tetapi juga telah menambah warna yang lebih kaya supaya anda mempunyai pilihanh untuk gaya yang lebih strong,” katanya kepada Harper’s Bazaar US. “Saya gemarkan tesktur separuh matte dari pilihan gincu, ia mampu bertahan seharian di samping melembapkan bibir anda juga.”
Palet tersebut didatangkan bersama beberapa produk Decorté lain yang digemar Kate, termasuklah pensil alis dan bekas puch hitam. Buat masa kini, palet ini hanya terdapat di Saks Fifth Avenua di New York, pada harga £154.72 (RM861.24).

Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
