Diari Cantik Bersama Parisa Ardina Dadashpour
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioUntuk bulan ini GLAM menampilkan Parisa Ardina Dadashpour, pempengaruh digital yang memiliki rupa paras anggun dan mendekati wanita jelita ini serta menyelami rutin kecantikannya. Ayuh kenali wanita ini dengan lebih dekat lagi.

Apa produk kecantikan wajib anda beli?
Saya suka mengumpul penyamar noda dan pelembap bibir. Kedua-duanya produk asas, namun penting untuk menambah seri pada wajah. Malah kulit wajah dan bibir kelihatan lebih asli dan segar.
Rutin kecantikan anda ketika melancong?
Selain membawa produk rutin penjagaan kulit yang sedia ada, saya akan pastikan membawa krim pelindung matahari. Face mask juga wajib ada.
Dari mana anda belajar bersolek dan merawat wajah?
Ibu saya memang terapkan disiplin merawat wajah dan bersolek sejak kecil. Hari ini ada juga saya merujuk beberapa pempengaruh kecantikan TikTok tersohor. Solekan mereka menarik dan mudah diikuti.
Siapa ikon kecantikan dikagumi anda?
Semestinya Kylie Jenner! Dia tahu apa yang dia mahukan dan dia sangat bagus dalam penjenamaan diri sehingga sukses melariskan jualan produk kecantikannya sendiri.

Apakah trend kecantikan Parisa sedang ikut sekarang?
Mengoles kiub ais di wajah pada setiap pagi sebaik sahaja bangkit tidur. Begitu juga setiap malam sebelum tidur, untuk mengurangkan bengkak kantung mata dan pori-pori terbuka.
Artikel berkaitan: Diari Cantik: Inarah Sofiya
Kredit teks: Marini Mat Zain
Gambar: Instagram Parisa Ardina Dadashpour
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
