Namanya semakin meningkat naik, turut dikenali sebagai it-girl terkini di scene lokal, GLAM bawakan Inarah Sofiya, langsung mendekati wanita muda ini serta menyelami rutin kecantikannya.
1) Ramuan kecantikan yang mengubah hidup anda?
Centella Asiatica. Saya baru menggunakan produk kecantikan yang mengandungi ramuan ini dalam rutin penjagaan kulit dan secara tidak langsung ia telah mengubah hidup saya.
2) Apakah pilihan produk kecantikan kegemaran masa kini?
Antara produk kecantikan yang menjadi kegemaran saya adalah Mediheal Toner Pads. Produk ini mengeluarkan pelbagai jenis Mediheal Toner Pads dan yang menjadi pilihan saya adalah jenis Watermide!

3) Persepsi Inarah Sofiya dalam kecantikan?
Cantik itu adalah yakin terhadap diri sendiri. Saya merasakan sesiapa yang mempunyai keyakinan dan menyayangi diri sendiri adalah orang yang sangat cantik. Saya memahami masih ada wanita di luar sana struggle untuk yakin namun mereka haruslah berusaha untuk sentiasa yakin terhadap diri sendiri.
4) Amalan kecantikan di kesibukan hari?
walaupun sibuk, saya tidak akan melepaskan peluang untuk mengekalkan ruting penjagaan diri setiap hari dari siang hingga malam. Hanya dengan melakukan rutin kecantikan, inilah satu-satunya masa yang ada untuk diri saya. Namun, kebelakangan ini saya menggunakan minyak badan selepas mandian dari Aromatica Global Body Oil! Penggunaan minyak badan ini mengekalkan aroma wangian tahan lebih lama.
5) Apakah rahsia atau tip kecantikan anda?
Tidak pernah tertinggal rutin bersama tisu muka! Bagi saya ia lebih bersih dan bebas bakteria. Tidak seperti anda menggunakan tuala muka kerana pendapat saya ia tidak bersih dan kurang selesa. Selain itu, saya juga menggunakan Grande Lash MD serum dan ia ternyata berkesan! Saya menggunakan serum ini secara konsisten pada setiap hari beberapa bulan lepas dan ia membuatkan bulu mata saya tumbuh dengan panjang, tebal dan kuat.
Gambar: Instagram Inarah Sofiya
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.

