"Saya Obses Dengan Pupur, Itu Yang Saya Pakai Setiap Pagi," Kavita Sidhu - Glam Malaysia
Kavita Sidhu

“Saya Obses Dengan Pupur, Itu Yang Saya Pakai Setiap Pagi,” Kavita Sidhu

Orangnya Tinggi (180sm), langsing dan memang punya personaliti yang mempesona. Kavita Sidhu bukanlah nama asing dalam dunia hiburan kita. Dia model, pelakon juga penerbit dan dia punya reputasi yang cemerlang dalam kerjayanya. Filem terbitannya seperti Pontianak Harum Sundal Malam misalnya antara filem yang bukan sahaja mendapat pengiktirafan di Malaysia malah di festival filem luar negara. Jika bercakap tentang kerjayanya sebagai model pula, Kavita Sidhu punya portfolio cemerlang sebagai peragawati. Pada tahun 1990 dia mengharumkan nama negara apabila dimahkotakan sebagai Miss Charm International yang berlangsung di Moscow, Rusia. “Saya sendiri terkejut bila memenangi pertandingan itu kerana pada waktu itu saya sangkakan wanita Caucasian akan menang,” kongsinya. 

Mula terjun ke bidang peragaan seawal di bangku sekolah menengah, Kavita sudah menimba banyak pengalaman sama ada di dalam mahupun luar negara. Berkongsi dengan saya, jelas Kavita perjalanannya sebagai model ada mudah dan kesukaran yang tersendiri. “Dulu-dulu tidak seperti hari Ini yang mana orang bercakap tentang kesihatan mental secara terbuka, dan informasinya pun banyak. Jika dulu kita kalau ada rasa anxiety kita simpan sendiri.”

"Saya Obses Dengan Pupur, Itu Yang Saya Pakai Setiap Pagi," Kavita Sidhu

“Sewaktu di sekolah saya ada rasa insecure sebab saya yang paling tinggi, dan kawan-kawan di sekolah panggil saya zirafah. Tapi disebabkan saya tinggi saya lebih aktif dalam sukan, jadi saya gunakan kelebihan itu untuk olahraga. Sejujurnya waktu itu saya sedikit janggal sebab saya tinggi. Saya bermula sebagai model pada usia 13 tahun, dan saya ke Paris seorang diri pada usia 18 tahun untuk melebarkan kerjaya sebagai model. Selepas beberapa tahun di sana saya balik ke Kuala Lumpur, dan saya mula rasa ada tekanan. Pressure untuk nampak kurus yang mana setiap hari pinggang kita akan diukur, pressure nak nampak cantik dan good on stage. Dari situ saya mula ada anxiety attack. Dulu saya takut untuk terbang seorang diri. Pernah sekali saya ditugaskan untuk Singapore Fashion Week yang mana ia melibatkan ramai model dari luar negara. Anxiety saya sangat teruk pada waktu itu, semalaman saya tak boleh tidur selepas fitting session. Keesokan pagi saya bangun dan balik ke Kuala Lumpur, saya ambil flight paling awal. Jam 10 pagi saya sudah di rumah. Saya maklumkan pada penganjur and of course mereka kecewa. Bila di rumah saya cakap pada ayah, saya tak sihat, itu saja.”

See also
Palette Baru Smashbox Dengan Shay Mitchel

“Saya kira bertuah kerana abang saya seorang doktor dan dia banyak membantu saya ketika itu. Hari ini saya betul-betul okey. Dan bila kita ada rasa perasaan sebegini keluarga dan kawan-kawan sangat penting. Biarkan diri kita dikelilingi orang-orang yang positif, yang akan memberi sokongan kepada kita. Dalam hidup memang kita akan jumpa orang toksik, seeloknya jauhkan. Media sosial ada baik dan buruknya. Bagusnya kita boleh dapat banyak informasi dan yang tidak baiknya ia juga boleh jadi faktor kepada tekanan atau depression. Guna sebaiknya,” 

Saya mengajak Kavita berbicara tentang rejim penjagaan kulitnya, sebab dari dulu saya lihat kulitnya nampak sihat dan glowing. “Saya obses dengan pupur, dan setiap hari saya akan pakai mask di muka terutamanya eye mask. Saya tidak suka sheet mask, clay mask seminggu sekali, Pupur yang saya pakai setiap hari ialah moisture mask yang mana saya akan pakai di waktu pagi. Selalunya saya akan pakai mask di muka dan lakukan kerja rumah. Suami saya dah terbiasa melihat saya begitu,” Kavita ketawa. 

See also
"Kita Kenal Badan Kita Sendiri," Nadia Brian

Cerita Kavita Sidhu lagi, rutin kecantikannya tidak banyak beza dengan orang lain. Dia biasanya akan mencuci muka dua kali, pertama untuk membersihkan solekan yang mana dia menggunakan krim pencuci wajah dan diikuti dengan jenis buih untuk cucian kedua. “Saya akan gunakan toner dan pelembap. Jika keluar saya akan tambah dengan krim SPF. Dulu saya jarang gunakan tapi hari Ini wajib sapu krim SPF sebelum keluar. Jika tiada acara, biasanya bila keluar saya akan guna glos bibir saja, tiada alat solek lain.”

"Saya Obses Dengan Pupur, Itu Yang Saya Pakai Setiap Pagi," Kavita Sidhu
‘MIMPI MOOM’ ANTARA FILEM YANG MELETAKKAN KAVITA SIDHU SEBAGAI BINTANG UTAMA

“Bagaimana pula dengan pemakanan?” “Saya jaga apa yang saya makan walaupun saya gila coklat. Ada masanya saya makan juga tapi saya tahu batasnya. Saya juga selalu pastikan saya akan bawa botol air saya ke mana-mana saya pergi. Drink a lot of water. Saya juga sudah 15 tahun tidak makan red meat yang mana saya rasa ia sangat bagus untuk saya. Saya tidak rasa bloated dan digestion saya lebih baik.”

Jika diperhatikan sejak 10 tahun kebelakangan ini dunia peragaan sudah semakin terbuka. Tiada lagi kriteria tertentu dalam kelayakan menjadi model, dunia fesyen dan peragaan semakin terbuka bila mana tidak hanya terhad untuk yang kurus tinggi, Malah model bertubuh gempal juga sudah diterima baik. Apatah lagi sudah ramai model berhijab diraikan di pentas peragaan dan majalah-majalah fesyen. Begitu juga dengan model transgender sudah ada yang menghiasi kempen fesyen dan kecantikan. Saya bertanyakan kepada Kavita tentang keterbukaan ini, Adakah ia juga akan diterima pakai di dalam pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe dan Miss World, memandangkan dunia hari ini melihat kecantikan itu sangat subjektif dan kepelbagaian sudah diterima pakai. 

See also
Trend Kuku Chrome Untuk Tahun 2017

“This is very interesting question. Ya saya akui dunia peragaan memang banyak berubah, tapi untuk mengubah sesuatu itu perlukan masa. Dan pada saya Miss Universe misalnya adalah satu institusi yang sudah lama. Berpandukan pengalaman saya, apa yang orang nampak pertandingan ratu cantik kelayakan standardnya dan ia untuk empowering woman. Tapi sebenarnya banyak lagi. Pertandingan ratu cantik adalah meraikan penglibatan wakil-wakil dari pelbagai negara, yang mana mereka meraikan seni dan budaya dunia dan saya rasa itu satu hal yang bagus selain kerja-kerja amal yang lain. Dulu sewaktu saya menang pun saya sudah rasa ia satu yang berbeza kerana saya sangkakan juri akan memilih yang berambut blonde. Ada orang gunakan big size people sebagai short factor atau sebagai gimik, dan orang kena tahu dunia peragaan dan fesyen adalah cruel business, orang memang nak tengok certain image.”

Artikel Berkaitan: 5 Item Mesti Milik, Yang Ikonik Atau Terkini

Arahan Seni, Penata Gaya & Teks: Khairul Abidin Ishak, Pembantu Penyelaras: Julia Azman, Gambar: Edmund Lee (One3Four Studio), Solekan: Khir Khalid, Dandanan: Ckay Liow, Pakaian: Dior