Kecapi Kompleksi Wajah Cerah Lagi Bercahaya - Glam Malaysia
Kecapi Kompleksi Wajah Cerah Lagi Bercahaya

Kecapi Kompleksi Wajah Cerah Lagi Bercahaya

Mengimpikan kompleksi wajah cerah, berseri dan sihat? Rawatan wajah dari AsterSpring ini mampu memberi magis kepada kulit yang lesu dan kusam.

Penyebab kulit kusam? Banyak faktornya, termasuk pengumpulan sel kulit mati, zarah-zarah kecil dari udara tercemar yang menghasilkan radikal bebas pada kulit. Keadaan ini akan merosakkan kolagen dan merangsang pengeluaran pigmen, tekanan, dehidrasi, kekurangan vitamin, kerosakan kulit dek sinaran matahari dan ketidakseimbangan hormon. Ini antara alasan kepada kehilangan kecerahan dan penghasilan bintik matahari, hiperpigmentasi, kemerahan, tanda jerawat, garis halus dan juga kedutan.

AsterSpring Power Brightening Facial memberikan hasil yang hebat sambil melindungi kesihatan kulit, tidak seperti teknologi laser yang kasar pada kulit dan cenderung menyebabkan sensitiviti. Faedah utama rawatan berdurasi 45 minit ini dapat memudarkan bintik UV, mencerahkan kulit dan neningkatkan kecerahan kulit. Amat disyorkan untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kusam dan kurang seri tetapi tidak sesuai untuk kulit berjerawat teruk dan hipersensitiviti.

See also
Rahsia Minyak Muka The Body Shop Oils of Life

Rawatan muka ini memanfaatkan bahan aktif berprestasi tinggi seperti di bawah:

  • Intense Brightening Essence merangsang dan meningkatkan pencerahan ton kulit yang tidak sekata, jeragat dan bintik matahari dengan panax ginseng, bunga daisy dan bearberry.
  • Soothing & Rebalncing Ampoule Mist & Serum, mengimbangi semula ekosistem mikrobiom kulit dengan prebiotik dan probiotik untuk fungsi pertahanan yang lebih kuat terhadap unsur berbahaya dan membantu menenangkan kerengsaan kulit.
  • Vitalzyme Bio Cellulose Mask, topeng anti-oksidan berkuasa yang diperkaya dengan mengkudu, kaviar hijau, anggur laut, kombuchkaTM, dan enzim daripada 88 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran membantu menghilangkan radikal bebas dan memulihkan keserian kulit wajah.

Power Brightening Facial AsterSpring kini didapati di semua pusat AsterSpring dan AsterSpring Signature. Harga rawatan berbeza di AsterSpring centres RM288, AsterSpring Signature centres RM318, layari www.asterspring.com untuk maklumat lanjut.

Pautan berkenaan: Rawat Wajah Bersama ELEMIS BIOTEC