Sememangnya kita semua mengimpikan kulit tubuh yang mulus. Ada di antara kita yang punya masalah seperti tubuh berjerawat, selulit, dan sebagainya. Jangan risau, GLAM ada solusi untuk anda.
Bukan mudah untuk mendapatkan tubuh badan yang sempurna dan mulus. Namun, harus diingatkan di sini, setiap daripada kita tetap cantik walaupun lahir dalam apa jua bentuk dan rupa. Cuma, kadang-kala ada diantara kita yang mahu tampil lebih cantik lagi untuk menambah keyakinan diri.
Ada beberapa teman datang berkongsi dengan kami di GLAM, bertanyakan masalah-masalah kecantikan yang dihadapi mereka. Antaranya isu yang berkaitan dengan kulit tubuh. Ayuh, GLAM bantu anda yang di luar sana untuk mengatasi masalah-masalah yang mengganggu fikiran anda ini.
Cara Untuk Mendapatkan Kulit Tubuh Mulus!
#1 Jika anda ada masalah badan berjerawat
Punca terjadinya masalah ini adalah kerana perubahan hormon, inflamasi dan penghasilan minyak berlebihan pada tubuh. Bukan itu Sahaja, haba, geseran, peluh, rambut yang panjang juga menjadi penyumbang kepada liang pori kulit tubuh anda tersumbat.
Jadinya, saranan GLAM, pastikan anda mandi setiap kali selepas melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Elakkan rutin skrub pada kulit yang sensitif kerana ianya akan merosakkan lagi kulit tubuh anda. Paling penting, pilih sabun badan yang memiliki sekurang-kurangnya 1.25 peratus asid salisilik. Jika keterlaluan, anda digalakkan untuk berjumpa doktor.
#2 Lindungi Kulit daripada sinar matahari
Paling penting sekali adalah melindung kulit tubuh anda daripada cahaya matahari yang berbahaya ini. Jika tidak dilindung dengan betul, ia boleh menyebabkan kulit jadi kusam malah boleh meningkatkan risiko terkena kanser kulit. Seeloknya sarung pelindung sinar, bukan sekadar pada muka, malah pada bahagian tubuh yang lain. Lebih-lebih lagi jika anda melakukan aktiviti luar.
#3 Jangan merokok
Seperti mana ia memberi kesan pada kulit wajah, begitu juga pada kulit tubuh. Merokok hanya akan memendekkan perjalanan darah yang lancar kerana ia memberi kesan yang mendalam terhadap salur darah di bahagian lapisan kulit paling luar. Malah, ia juga membantutkan kadar oksigen dan nutrisi yang amat penting untuk kesihatan kulit.
Pautan Berkaitan: Capture Totale Le Sérum Rahsia Keremajaan Kulit Abadi
Artikel Berkaitan
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Bold Eyes Atau Bold Lips? Ketahui Bila Masa Yang Sesuai Untu...
15 Langkah Penjagaan Tangan, Perlu Atau Berlebihan?
Pat McGrath Mentafsir Semula Pensel Bibir Untuk Louis Vuitto...
Pilihan Bacaan Seterusnya
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
