fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Ada Apa Dengan SPF?
Kenali Jerawat Dagu Dan Tip Merawatnya
Berani Cabar Diri, Boho Blonde Pilihan Warna Rambut Terkini!
Selami Aura Misteri Wangian Miss Dior Baharu
Idea Solekan Minimalis Dari Runway
Home > Cantik > Dyson Airwrap Co-anda2x™ Untuk Rambut Tebal, Berbaloi Atau Tidak?

Dyson Airwrap Co-anda2x™ Untuk Rambut Tebal, Berbaloi Atau Tidak?

Memiliki rambut tebal memang ada kelebihannya, tetapi ia juga bermaksud saya perlu memperuntukkan lebih banyak masa setiap kali selesai mencuci rambut. Ada kalanya, saya memilih untuk membiarkan rambut dalam keadaan semula jadi atau terus mengikatnya kerana tidak sempat menggayakannya.

Itulah sebabnya saya tertarik untuk mencuba Dyson Airwrap Co-anda2x™. Saya ingin tahu sama ada teknologi baharunya mampu mempercepatkan rutin harian atau sekadar satu lagi kemas kini daripada alat penggayaan yang sudah popular.

Selepas beberapa minggu menggunakannya, perkara pertama yang saya sedari ialah bagaimana ia berfungsi dengan lebih pantas dan lebih mudah digunakan.

Bagi rambut saya yang tebal dan panjang, proses mengeringkan rambut kini mengambil masa kurang daripada 10 minit. Apa yang lebih mengejutkan, rambut tidak terasa terlalu panas atau kehilangan kelembapannya. Sebaliknya, ia kekal lembut, licin dan lebih mudah diuruskan selepas setiap penggunaan.

Lebih daripada sekadar mengeringkan rambut dengan pantas, saya mula menyedari bahawa setiap attachment mempunyai fungsi yang benar benar berbeza. Lama kelamaan, saya juga mula mempunyai attachment kegemaran bergantung kepada keadaan dan masa yang saya ada.

Attachment Yang Paling Kerap Saya Capai

Jika saya hanya mempunyai lima minit sebelum keluar rumah, Anti-snag Loop Brush 2x ialah pilihan pertama.

Attachment ini memberikan kemasan yang paling praktikal untuk kegunaan harian. Rambut kelihatan lebih licin, kemas dan tersusun tanpa memerlukan banyak usaha. Saya juga menyukai bagaimana ia meluncur dengan lebih lancar pada rambut tebal tanpa rasa tersangkut, sesuatu yang sering berlaku apabila menggunakan berus penggayaan biasa.

Bagi saya, inilah attachment yang paling banyak menjimatkan masa. Ia mungkin tidak menghasilkan gaya yang dramatik, tetapi cukup untuk membuatkan rambut kelihatan kemas dan presentable walaupun pada pagi yang paling sibuk.

Blowout, Wavy atau C-Curl? Semuanya Dengan Satu Attachment

Pada mulanya saya menyangka attachment ini hanya untuk menghasilkan curl. Rupanya, ia jauh lebih versatil daripada itu. Bergantung pada cara saya menggunakannya, saya boleh menghasilkan blowout, soft waves atau C-curl. Saya sendiri paling gemar C-curl kerana hasilnya nampak lebih effortless, seolah olah rambut memang jatuh cantik secara semula jadi.

Apa yang paling mengejutkan ialah betapa mudahnya ia digunakan pada rambut tebal seperti saya. Saya tidak perlu mengulang bahagian rambut yang sama berkali-kali, dan keseluruhan proses juga tidak mengambil masa yang lama.

Jika mahukan rambut yang lebih kemas untuk ke pejabat, saya akan memilih C-curl. Jika ada majlis atau makan malam, saya hanya ubah sedikit teknik dan terus mendapat blowout yang lebih bervolume. Dengan satu attachment ini sahaja, saya boleh mencipta beberapa gaya berbeza mengikut mood atau acara.

Rambut Lurus Tanpa Hot Plate

Satu lagi attachment yang saya tidak sangka akan kerap digunakan ialah Airsmooth2x™.

Direka untuk rambut yang sudah dikeringkan, ia menggunakan aliran udara bagi menghasilkan rambut yang lebih lurus tanpa memerlukan alat pelurus. Sebagai seseorang yang cuba mengurangkan penggunaan hot plate, fungsi ini menjadi antara sebab utama saya terus menggunakannya.

Hasilnya juga berbeza daripada rambut yang diluruskan menggunakan flat iron. Rambut masih mempunyai pergerakan semula jadi, tetapi kelihatan lebih licin, kemas dan terkawal. Pada hari hari saya mahukan penampilan yang ringkas, beberapa minit menggunakan attachment ini sudah mencukupi.

Lebih Banyak Gaya Dengan Dyson Airwrap Co-anda2x

Perkara yang paling saya hargai tentang Dyson Airwrap Co-anda2x™ ialah fleksibilitinya.

Saya tidak lagi perlu menggunakan alat yang berbeza untuk mengeringkan, mengeriting dan meluruskan rambut. Semuanya boleh dilakukan menggunakan satu peranti dengan hanya menukar attachment mengikut gaya yang diinginkan.

Sebagai beauty editor, saya sering mencuba pelbagai alat penggayaan rambut. Namun tidak semuanya benar-benar menjadi sebahagian daripada rutin harian saya. Airwrap Co-anda2x™ berbeza kerana ia bukan sekadar menawarkan teknologi baharu, tetapi benar benar menjadikan proses mengurus rambut tebal lebih mudah, lebih pantas dan lebih menyeronokkan.

Dan bagi saya, itulah ukuran sebenar sebuah alat kecantikan yang berbaloi dimiliki.

Artikel berkaitan: FUGAZZI Pomegranoudh Haruman Yang Sarat Kontras