Lima Jenama Athleisure Buat Tampil Ala IT Girl
Alo Yoga, Lululemon, Cakenis, Motherchuckers dan Livlola adalah antara jenama athleisure untuk tampil ala IT Girl.
Daripada studio pilates ke kafe kegemaran, athleisure kini menjadi kod gaya baharu buat wanita moden yang mengutamakan keselesaan tanpa mengorbankan estetika. Perkara yang dahulunya dianggap sebagai pakaian bersenam kini berjaya menembusi dunia fesyen dan membuktikan helaian seperti leggings, sports bra, jaket zip-up dan sneakers mampu kelihatan chic seperti busana harian yang lain. Dengan padanan aksesori yang tepat dan jenama yang ikonik, gaya ini menyerlahkan penampilan yang santai tetapi cukup versatil untuk pelbagai acara. Daripada rona neutral hingga potongan yang moden, setiap helaian mencerminkan gaya hidup aktif yang tetap mengutamakan fesyen. GLAM himpunkan 5 jenama pakaian sukan yang wajar berada dalam radar anda untuk kelihatan seperti IT Girl kini!
Ini 5 Pilihan Jenama Untuk Gaya Sporty Yang Lebih Chic!
1. Alo Yoga

Sukar untuk berbicara tentang jenama athleisure pilihan ramai tanpa menyebut Alo Yoga. Jenama yang berasal dari Los Angeles ini menjadi pilihan ramai selebriti termasuk Bella Hadid dan Kylie Jenner. Rekaan Alo Yoga menampilkan siluet minimalis dengan potongan yang kemas, menjadikannya mudah digayakan untuk pelbagai acara. Daripada High Waist Airbrush Legging sehinggalah Softsculpt Precision Bra, setiap helaian memberikan sentuhan elegan yang cukup versatil. Anda boleh padankan bersama topi, tote bag kulit dan cermin mata hitam untuk penampilan IT Girl yang bersahaja.
2. Lululemon

Lululemon terkenal dengan inovasi fabrik yang ringan, menyerap peluh dan memberikan sokongan optimum ketika bersenam. Namun, rekaan versatil pada setiap helaian menjadi antara faktor utama yang menjadikan jenama ini pilihan ramai IT Girl. Misalnya, koleksi Align Leggings, Define Jacket dan Scuba Hoodie antara item yang sering menjadi pilihan kerana mudah dipadankan dengan pelbagai gaya. Selesa digayakan dari pagi hingga malam, helaian daripada Lululemon sesuai buat individu yang sentiasa bergerak, daripada sesi senaman hingga urusan harian.
3.Cakenis

Membawa pendekatan yang menggabungkan kesopanan, keselesaan dan estetika moden, Cakenis menjadi pilihan wanita yang menjalani gaya hidup aktif. Koleksinya menampilkan fabrik ringan serta material yang mudah menyerap peluh sekaligus memberikan keselesaan optimum sama ada ketika bersenam atau menempuh hari yang sibuk. Di dalam kategori Athleisure milik Cakenis, mereka menawarkan pelbagai rangkaian helaian daripada aksesori bersukan, set pakaian, tas tangan dan outerwear. Turut menyajikan pilihan persalinan sukan buat para lelaki, antara item yang menjadi pilihan ramai adalah Eden Jumper Set dan Cakenis Cross Paddle Bag.
4. Motherchuckers

Motherchuckers adalah antara jenama tempatan Malaysia yang menjanjikan penampilan bersukan yang kekal chic dan selesa. Selain dikenali dengan pelbagai helaian fesyen, koleksi athleisure daripada Motherchuckers juga tidak kurang menyerlah. Setiap item direka dengan perhatian terhadap setiap perincian bagi memastikan keselesaan optimum sepanjang hari. Didatangkan dalam pilihan rona yang versatil seperti biru cair, merah jambu serta merah gelap, koleksi ini mononjolkan estetika sporty yang moden. Antara pilihan yang menjadi sorotan ialah Bordeaux Bolero T-Back Bra Set, lengkap dengan pad dalaman boleh ditanggalkan.
5. Livlola

Diasaskan di Malaysia, Livlola semakin dikenali dalam kalangan pencinta pilates dan gaya hidup aktif menerusi rekaan athleisure yang menggabungkan fungsi dengan estetika minimalis. Dengan pilihan warna neutral dan ceria, potongan yang kemas dan fabrik berprestasi tinggi yang lembut serta memberikan sokongan ketika bergerak, ia turut mudah digayakan sebagai penampilan harian. Selain bra sukan, leggings dan biker shorts, Livlola turut menghadirkan helaian seperti body suits, skortie dan lounge wear yang melengkapkan gaya sporty-luxe. Lebih menarik, laman web Livlola menyediakan cadangan pakaian buat setiap aktiviti sukan yang anda ingin lakukan seperti pickleball, hiking mahupun berlari.
Artikel berkaitan: Lari Daripada Rutin Hujung Minggu? Ini Acara Larian Yang Berlangsung Minggu Ini
