Rawatan Cantik Holistik Di Medi Beaute - Glam Malaysia

Rawatan Cantik Holistik Di Medi Beaute

Alami rawatan cantik secara holistik hanya di Medi Beaute. Dengan gabungan teknologi inovatif dan kepakaran profesional cipta pengalaman premium.

Medi Beauté

Sejak ditubuhkan pada 2014, Medi Beaute merupakan pusat rawatan kecantikan dan kesihatan yang mengutamakan profesionalisme, keaslian dan kualiti. Dengan kepakaran yang ada dan disokong oleh teknologi canggih, Medi Beaute meninggalkan pengalaman mewah dan optimum.

Rawatan Medi

Medi Beaute telahpun melebarkan sayapnya dengan pembukaan 15 pusat premium di seluruh Malaysia dan satu di Singapura. Ini membuktikan pusat rawatan premium ini sangat berdedikasi dalam mencungkil kecantikan dalaman yang juga mendedahkan kecantikan luaran anda. Kecantikan itu berdasarkan kesihatan dan kekuatan kulit anda.

Medi Beaute menawarkan rawatan yang berkesan dan selamat untuk membantu masalah anda.

Di Medi Beaute ia mempunyai solusi terbaik dalam menyelesaikan masalah yang sering anda hadapi terutamanya kulit yang semakin menua. Dengan sokongan teknologi yang ada dan dipertingkatkan dengan sentuhan pakar kecantikan terlatih secara profesional, kulit anda terbelai manja!

See also
Tayangan Filem Dior and I

Beaute

Apabila usia semakin meningkat, kulit dan tisu kita secara semula jadi kehilangan keanjalannya. Ini membawa kepada masalah kulit kendur dan kedutan. Mulalah anda terasa hilang keyakinan diri! Medi Beaute menawarkan rawatan yang berkesan dan selamat untuk membantu masalah anda.

Rawatan anti-penuaan yang canggih iaitu 360° V Lift Mask + Midas Touch. Penggunaan Twin Formula ini direka untuk melicinkan, menegangkan kulit dengan segar dan lebih muda! Rawatan ini diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan semula jadi, 360° V Lift Mask ini akan diselitkan sedalam-dalamnya ke dalam kulit selepas rawatan teknologi khas Midas Touch.

360 Lift

Rawatan Midas Touch menggunakan EMS (Electric Muscle Stimulation) ini dapat menembusi dermis serta menghasilkan kulit bercahaya seperti porselin! Hanya dengan satu sentuhan, tanda-tanda penuaan pramatang dapat dihapuskan dalam masa yang singkat! Midas Touch menggunakan gabungan 4 teknologi bukan invasif seperti Frekuensi Radio Vortex Kuantum, Rangsangan Otot Elektrik, Sinar Inframerah Jauh dan Cryo Lift.

Midas Touch

Ia mendorong pengeluaran kolagen dan elastin untuk mencegah dan membalikkan tanda-tanda penuaan yang jelas kelihatan. Malah, ia mengembalikan keremajaan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit selain mengecilkan liang pori selicin kulit bayi.  Hanya dengan sekali rawatan, anda boleh melihat hasilnya yang bertambah baik.

See also
Things To Get Before 2020

Midas Touch

Komitmen Medi Beaute dalam memasarkan jenama dalam industri kecantikan estetik dan sentiasa memastikan setiap rawatan yang ditawarkan adalah mengikuti perkembangan teknologi semasa. Sempena sambutan Ulang tahun yang ke-9, Medi Beaute mengalu-alukan kedatangan Dr.Nasir Othman, graduan Ijazah Sarjana dalam bidang Estetik Perubatan, Anti-Penuaan dan Perubatan Regeneratif dari UCSI. Beliau akan mengetuai  jabatan estetik Medi Beaute dan peneraju utama untuk siri rawatan estetik.

Medi Beaute Cabutan Bertuah

Artikel berkaitan Pakar Kecantikan Serba Boleh, Medi Beaute

Sesuai dengan tema Medi Beaute❤U 99! Pilihan ini tepat menggambarkan sentimen terima kasih kepada setiap pelanggan setia dan juga baharu di Medi Beaute. Kesetiaan mereka lambang keyakinan dan sokongan luar biasa terhadap Medi Beaute. Cinta itu abadi dan 99 dalam bahasa Mandarin bermaksud tahan lama. Cinta terhadap kecantikan, cinta antara satu sama lain, cinta untuk diri sendiri, kesejahteraan diri sendiri dan cinta untuk merangkul kecantikan, dalam segala kemegahan dan kemuliaannya, iaitu bersama Medi Beaute.

Beaute

Sempena kempen Ulang tahun ini, pelbagai promosi eksklusif tersedia untuk ahli di setiap pusat rawatan tersedia dengan potongan 50% untuk rawatan dan potongan 30% untuk produk penjagaan kulit Dmedix. Lebih menarik lagi, Medi Beaute juga tampilkan aktiviti seperti Sure Win, Blind Box, hadiah saguhati, aktiviti menarik di Facebook dan cabutan bertuah yang bakal buat anda membawa pulang hadiah utama iaitu tas tangan Chanel bernilai RM49,000. Kempen ini akan berakhir pada 31 Julai 2023 atau sila layari laman rasmi di medibeaute.com.my

See also
Millennial It-Girl: Fyrone Taylor