Rahsia Wangian Kekal Abadi

Rahsia Wangian Kekal Abadi

watch7Gambar: Arkib GLAM

 
Seni wangian wanita menjadi simbol sensual juga lambang provokasi. Apatah lagi bila ia dikaitkan dengan personalitimu. Aroma klasik ini menentukan keanggunan langsung membangkitkan rasa sensual, eksotisme atau kesemuanya.
 
Terminologi Wangian
Haruman Mutlak! Tulen dengan ekstrak semula jadi dan minyak dari bunga dan bahan-bahan sayuran lain. Apabila anda terbau akan sesuatu aroma itu, anda bau nota yang berbeza di dalamnya. Pada nota pertama atau nota atas biasanya bauan hilang seketika, maka anda beralih kepada nota pertengahan. Harumannya seakan memudar, dan yang terakhir, nota asas yang mempamerkan gabungan ketiga-tiga aroma yang terkandung didalam kelalang wangian. Bagaikan simfoni!
 
Rahsia Pertama
Jangan melakukan keputusan sesuatu wangian sehinggalah anda menghidu nota akhir. Bagi seorang wanita, bauan sitrus, segar, bunga, timur, manis, rempah, atau kayu. Wangian untuk lelaki termasuk aroma lebih maskulin seperti kulit, tembakau, kasturi, dan lumut.
 
Rahsia Kedua
Kenali bauan paling anda gemari. Anda tidak perlu menghabiskan banyak masa dikaunter untuk mencuba kesemua wangian yang ada! Wangian juga mempunyai carta keluarga. Aromatik fougère, aroma maskulin dengan nota lavender, herba segar, dan lumut. Floral pula membawa anganan sejambak bunga yang baru dipotong. Ros merah jambu, lavender, bunga limau, violet, mekar di halaman. Floral adalah bau yang paling banyak digunakan dalam wangian feminin. Sangat manis dan mudah dikenali.
 
Sitrus, buah-buahan dan segar seperti oren, limau, limau gedang dan buah-buahan yang lain. Aprikot, epal, pic bercahaya dan menyegarkan. Oriental dan spicy punya sering menampilkan vanila panas, rempah dan damar kemenyan. Mengingatkan kita pada negera timur jauh. Aroma ambery dan musky. Satu misteri! Woody dan Chypre seperti bergamot, oakmoss, labdanum dan nilam. Aroma bersahaja.
 
Rahsia ketiga
Simpan beberapa wangian yang berbeza dari keluarga wangian yang berbeza. Sesekali tukar haruman signature anda mengikut musim, kesempatan, atau mood hari itu! Bunga dan sweet untuk siang hari dan bauan oriental atau spicy untuk temu janji di malam hari. Untuk cuaca sejuk, aroma kuat boleh dipakai tanpa mengganggu orang sekeliling. Sebaliknya, aroma ringan lebih baik untuk cuaca panas. Bayangkan bagaimana aroma musim panas dibaluti bauan rumput menghijau nan segar dan dua sudu ais krim vanila. Anda boleh membangkitkan emosi yang indah dan kenangan bersama aroma tersendiri. Wangian dan cologne berbeza dalam menghasilkan aroma harmoni. Badan kita adalah sangat unik dan berbeza. Minyak wangi yang sama akan berbau sedikit berbeza bergantung kepada siapa si pemakainya. Begitu juga kala disembur pada kad dan kulit.
 
Rahsia Keempat
Semburkan pada kad. Selepas lima atau 10 minit, hidu kad itu sekali lagi. Kemudian, sembur pada kulit anda.
 
Rahsia Kelima
Anda perlu mengambil kira jenis kulit anda. Jika kulit anda kering, bau akan hilang dengan lebih cepat. Dapatkan nasihat pakar sebelum membuat keputusan. Jika anda menggunakan deodoran yang sangat wangi atau losen, ia akan mengganggu dan mengubah bauan.
 
Rahsia Keenam
Sebaik sahaja anda mendapatkan haruman terbaru, pilih kelengkapan peribadi yang lain yang akan menyelaraskan wangian dengan sempurna.
 
Rahsia Ketujuh
Untuk wangian optima, wangian perlu disembur pada titik nadi anda yakni pada pusat leher, belakang telinga, pergelangan tangan belah dalam, dan belakang lutut. Jika anda menyembur wangian pada mana-mana bahagian ini, anda tidak perlu ulangan semburan.
 
Rahsia Kelapan
Untuk tahan lebih lama, sapukan sedikit jeli petroleum pada kulit sebelum menyembur pewangi atau semburkan dengan segera selepas mandi apabila pori-pori kulit terbuka supaya ia menyerap lebih baik ke dalam kulit.
 
 

POST A COMMENT