Diari Detoks - Glam Malaysia

Diari Detoks

TPG05958803_Max

Gambar: Arkib GLAM


 
Detoks tidak semestinya lewat pemakanan sahaja. Tambah rutin kecantikan dengan pilihan produk detoks buat kulit anda. Rata-rata wanita meninggalkan rumah dengan memakai lebih daripada satu produk kecantikan pada wajah. Setiap satu produk kecantikan ini mengandungi bahan kimia yang meresap ke dalam kulit. Bahan kimia yang mengandungi toksik ini akan menghalang bakteria detokifikasi lalu menghalang proses pembuangan racun dalam tubuh badan kita. Selain daripada mengamalkan minuman detoks, langkah tambahan melalui penjagaan kulit menggunakan produk-produk kecantikan kini turut diberi perhatian perihal betapa pentingnya isu detoksifikasi ini.Produk organik juga mempunyai bahan-bahan natural yang boleh dijadikan sebagai bahan detoks buat kulit wajah. Sumber botani juga tumbuhan yang tidak diinjek bahan kimia ke dalamnya mampu memberi manfaat kepada kulit agar kulit bernafas dengan lebih sempurna.
 
Bahan kandungan yang harus dihindar
 
Paraben

Ia dianggap sebagai pengganggu kelancaran hormon dan menyamar sebagai sel estrogen palsu.
 
Fragrance

See also
5 Krim Tabir Suria SPF 50 Sesuai Untuk Musim Panas

Ramai yang tidak tahu apakah sebenar disebalik makna “fragrance” di dalam intisari bahan kandungan yang tertera pada botol kecantikan. Ia adalah adunan para proprietari yang menyembunyikan bahan-bahan bahaya buat kulit.
 
Langkah detoksifikasi

Less is more! Seelok-eloknya jangan gunakan banyak jenis produk pada suatu masa. Atau juga tidak perlu bersolek tebal pada siang hari kerana kulit bukan sahaja terdedah kepada sinar matahari malah solekan ini mampu membuat liang-liang pori tersumbat.
 
Mulakan rutin harian dengan memberus badan setiap kali mandi. Ini kerana, ia boleh membantu memulihkan sirkulasi serta merangsang sistem limfa dalam tubuh untuk membuang segala toksin dalam badan.
 
Eat balanced diet! Sudah tentu anda harus tinggalkan amalan pengambilan gula serta makanan yang diproses, karbohidrat serta daging merah. Dan bukan sahaja badan anda bebas toksin, malah ia menjadikan tubuh lebih bertenaga.
 
Senaman itu penting Ia membantu membakar kalori dalam badan serta menghancurkan sel-sel serta lemak degil dalam tubuh yang hanya akan membahayakan diri.
 
Gunakan produk penjagaan diri berunsurkan organik Tiada sebarang bahan kimia yang mampu memberi manfaat jangka panjang. Ia lama kelamaan akan mula mencederakan kulit wajah dan membuat kulit menjadi kering.
 
[soliloquy id="50119"]
[soliloquy slug="diari-detoks"]