Selebriti Hollywood Terkenal Yang Memiliki Bisnes Beauty Line
Selebriti Terkenal Yang Memiliki Beauty Line Business

Selebriti Terkenal Hollywood Yang Memiliki Bisnes Beauty Line

Semakin ramai bintang A-listed yang memiliki beauty line mereka sendiri. Daripada produk solekan, penjagaan rambut sehingga produk penjagaan kulit, selebriti terkenal kini semakin berebut-rebut menghasilkan produk terbaik milik mereka sendiri. GLAM senaraikan beberapa selebriti terkenal dengan jenama kecantikan yang mereka miliki.

Selebriti dan dunia kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Dulu, selebriti yang akan menjadi model atau duta buat sesuatu jenama kecantikan. Mereka melakukan kempen iklan untuk menarik pembeli dengan bayaran yang telah ditetapkan.

Hal ini kerana populariti dan pengaruh besar mereka menjadi tunjang kepada kejayaan sesebuah beauty line. Kini ianya masih sama, tetapi bezanya sekarang selain menjadi wajah kepada jenama kecantikan, mereka lebih bercita-cita tinggi dan berani mengeluarkan jenama kecantikan mereka sendiri.

Beauty Line Milik Selebriti Hollywood Terkenal

1. Fenty Beauty & Fenty Skin oleh Rihanna

Peminat yang sentiasa menantikan album baru daripada Rihanna mungkin masih perlu menunggu kerana Rihanna lebih sibuk dengan bisnes beauty line lima bintang! Sejak pelancarannya pada September 2017, produk kecantikan ini meraih perhatian yang meletup.

Bukan sekadar jenama milik selebriti, Fenty Beauty mendapat reviu yang baik oleh peminat dunia kecantikan! Kualitinya yang tip top membuatkan Fenty Beauty terus diangkat sebagai salah satu produk solekan seiring dengan best beauty line yang lain.

Sementara dunia menunggu muzik baharu Rihanna, dia memutuskan untuk mengembangkan lagi empayar estetikanya dengan pelancaran Fenty Skin pula. Rangkaian penjagaan kulit inklusif yang membuatkan sesiapa saja boleh kelihatan berseri seperti pengasasnya, Rihanna.

2. Rare Beauty oleh Selena Gomez

Pengasas Rare Beauty tidak lain dan tidak bukan, si cantik jelita Selena Gomez sememangnya handal menghasilkan produk solekan yang bermutu tinggi.

Selena Gomez merupakan salah satu selebriti Hollywood yang sangat popular dan memegang tittle sebagai the most followed woman on Instagram dengan 428 juta followers. Seiring dengan popularitinya, produk kecantikan dia turut mempunyai peminat yang ramai.

Rare Beauty dicipta pada Febuari 2019 dengan tanggapan ia juga mengenai kesihatan mental. Selena menginginkan Rare Beauty menjadi produk solekan yang seronok untuk dipakai buat semua, tanpa perlu mengejar beauty standard yang sentiasa berubah-ubah. Kini, ramai wanita di media sosial seolah-olah wajib ada sekurang-kurangnya satu item daripada Rare Beauty.

3. Anomaly oleh Priyanka Chopra Jonas

Anomaly merupakan produk penjagaan rambut oleh Priyanka Chopra yang agak baru dalam bisnes beauty line. Diasaskan pada Febuari 2021, namun dalam masa yang singkat, Anomaly menjadi jenama kecantikan selebriti kedua terkaya mengatasi Kylie Cosmetic, Rare Beauty dan beauty line yang lain.

Rangkaian penjagaan rambut ini direka bentuk neutral jantina dengan estetik yang minimalis. Priyanka memuat naik di laman Facebook, “I saw a gap in the market for affordable, clean, and sustainable haircare, especially at an affordable price point, and so for the past year and a half I’ve poured my heart into bringing this brand to life”. 

Anomaly semestinya antara produk penjagaan rambut yang clean serta memberi fungsi yang menakjubkan!

4. Rhode oleh Hailey Bieber

Ramai yang mencemburui kulit flawless Hailey Bieber dan apabila Hailey mengeluarkan produk penjagaan kulitnya sendiri, berpusu-pusu orang ingin membelinya!

Rhode merupakan beauty line yang dilancarkan pada Jun 2022 dan telah mendapat sambutan yang sangat tinggi. Tiga produk sulung Rhode ialah Peptide Glazing Fluid, Barrier Restore Cream dan Peptide Lip Treatment. Jenama ini boleh dikatakan manifestasi estetika “clean girl” yang menjadi trend terkini.

Hailey Bieber yang terkenal dengan identitinya “less is more”, menunjukkan kecantikan boleh terhasil dengan hanya penjagaan rapi kulit dan ramai yang bersetuju dengannya!

5. r.e.m Beauty oleh Ariana Grande

Ariana Grande berjaya merahsiakan produk kecantikannya selama hampir dua tahun dan akhirnya dilancarkan pada November 2021.

Beauty line milik penyanyi dan pelakon ini dikatakan seperti mempunyai jalan cerita tersendiri. Setiap pelancaran dibahagikan mengikut “chapters”. Bab pertama adalah tertumpu pada solekan, bab kedua pula memperkenalkan penjagaan kulit dan bab ketiga adalah membawa produk kulit ke dalam campuran.

Dengan pengaruh popularitinya yang tinggi, 12 barisan produk sulung r.e.m Beauty laris dijual. Para peminat menyukainya dan menjadikan r.e.m Beauty ini menduduki carta bagi jenama selebriti terkaya keempat menurut Cosmetify.

Artikel Berkaitan: 7 Jenama Kecantikan Terkenal Milik Selebriti Lelaki