Legasi Artistik Frank Gehry Disebalik Aroma Mewah Les Extraits
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioMenangkap semangat kebebasan dan eksplorasi dua dunia. Kolaborasi arkitek Frank Gehry dan Jacques Cavallier Belletrud ilhamkan wangian di luar jangkaan.

Aromanya membibit jiwa dan raga. Les Extraits Collection merupakan kembara yang luar biasa dalam mencetus memori istimewa. Kolaborasi antara Frank Gehry dan Jacques Cavallier Belletrud membangkitkan satu revolusi baru dalam dua dunia berbeza. Menurut Jacques Cavallier Belletrud, “Saya mahu meneroka tempat yang tiada orang pergi lagi.Untuk mencipta semula tanggapan Extrait dengan cara kontemporari. Dan membongkar seni bina minyak wangi. Begitulah cara Les Extraits Collection diperkenalkan tanpa nota asas dan hanya mengekalkan aroma saripati utamanya.”

Koleksi lima wangian Les Extraits menyuntik semangat sebuah kejayaan, kerana aromanya cipta sensasi pada setiap personaliti, lambang metamorphosis alam semulajadi dan menyentuh emosi kala baunya terbebas ke udara. Cukup mekar tanpa kekangan. Dilihat berbeza seperti kebiasaan kerana ciptaan wangian ini mencipta haluan baru buat dunia kecantikan yang berkongsi momen bersama.
“I imagined scents before smelling them,” kata Jacques Cavallier Belletrud. Untuk menghasilkan sebuah karya agung seperti ini setiap esensi ramuan yang dipilih memberi ekspresi tersendiri, koleksi ini adalah siluet minyak wangi yang menggabungkan intipati asas bersama. Lima wangian koleksi Les Extraits turut merupakan refleksi semangat kembara Louis Vuitton sepanjang kemunculannya. Extraits de Parfum cukup merungkai sebuah kecantikan abadi kerana kehadirannya berasaskan highly concentrated, powerful fragrances memberi bayangan aroma cukup mempesonakan.

Frank Gehry, arkitek terulung abad ini bersatu-hati dalam mereka sebuah botol wangian menyentuh semangat seni bina. Bentuk seperti pergerakan seni ini lambang kebebasan diri. “When you sail, on the ocean, there is a very intimate relationship between the skipper at the helm and the wind, and the visual impression it creates,” katanya

Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
