Sesi Pengalaman Cantik GLAM Bersama Lancôme Absolue
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioTidak sempurnalah acara cantik tanpa kehadiran jelitawan yang menyinar ruang eksklusif Lancôme Absolue di The Exchange TRX.
Baru-baru ini GLAM berkolaborasi bersama Lancôme untuk acara eksklusif dan intimasi buat rangkaian premium Absolue. Rangkaian ini mula dicipta pada tahun 1985, Lancôme yang pertama memperkenalkan koleksi hiper-premium, kerana teknologi Longevity Science™ yang canggih pada ketika itu. Pakar wangian dan ahli kosmetik Armand Petitjean mencipta pencapaian penjagaan kulit premium Lancôme berdasarkan sains, dan transformatif Grand Rose Centifolia hanya menggunakan sains. Dia memanfaatkan kuasa mawar untuk menjadikannya kunci utama Lancôme sebagai koleksi penjagaan kulit yang ikonik . Hari ini, rangkaian Absolue terus berkembang semakin meluas.

GLAM Bertemu Lancôme Absolue di Pengalaman Sensori
Sesi pengalaman cantik ini dihadiri oleh barisan jelitawan yang juga friends of GLAM. Antaranya Shima Anuar, Syafieza Amira, Syamimie Khamsan, Naddy Zac, Amalinda Rmeli, Baity Rmeli, Nadhirah Nasaruddin, Mariesya Muhd, Datin Dr Batrisyia, Damia dan Nynaa Harizal. Kehadiran mereka amat bermakna buat GLAM.

Sesi yang berlangsung selama sejam ini terbahagi kepada tiga aktiviti berbeza iaitu Absolue Introduction yang dikendalikan oleh Benny Quar, Lancôme Educator yang memperkenalkan setiap produk Lancôme Absolue dari penjagaan kulit wajah, mekap dan wangian. Seterusnya ke ruang mewah dan premium Absolue, di sini setiap tetamu boleh melihat dengan lebih dekat setiap produk yang berada di pasaran. Terakhir, tetamu boleh membuat Skin Screen Advanced Analysis sebelum ke ruang mekap.

Kolaborasi GLAM bersama Lancôme Absolue ini diadakan di butik The Exchange TRX. Acara bermula dengan kata-kata aluan oleh Pengarah Kecantikan GLAM, Julia Azman seterusnya diikuti dengan sesi perkenalan dan pengalaman sensori bersama Benny Quar, Lancôme Educator.
Tumpuan utama Absolue Longevity The Soft Cream yang baharu.

Diilhamkan oleh teknologi kulit penjana semula PDRN™, bertindak sebagai pendokong utama dalam sains untuk penjagaan kulit baharu, Lancôme mendedahkan bahan eksklusif dan dipatenkannya, Absolue PDRN™, yang ditangkap daripada Mawar Centifolia Perpetual melalui proses bio-fermentasi yang unik. Hanya 5 tahun tanda penuaan akan hilang dalam masa hanya satu bulan.
Tetamu di bawa pula ke ruang wangian eksklusif, Absolue Les Parfums yang menampilkan pelbagai aroma bunga mawar tetapi dalam nota-nota yang berbeza untuk 8 wangian. Sesi yang berlangsung secara intimasi selama sejam ini membawa kepada pengalaman cantik yang sempurna. GLAM yakin personaliti yang hadir pasti memahami keunikan rangkaian premium Absolue.

Artikel berkaitan Tukar Mood Percutian di Lancôme Express Di Mid Valley
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
