Meghan Markle Melanggar Protokol Istana Dengan Rambutnya?

Gaya Rambut Tidak Konvensional Meghan Markle Menarik Perhatian Umum

Sejak pertunangan Meghan Markle bersama Putera Harry menjadi umum pada November tahun lalu, setiap gerak-geri Meghan mula diberi lebih perhatian. Pakaian yang dikenakannya (sama seperti Kate Effect), solekannya, dan baru-baru ini gaya rambutnya.

 

Lazim kita lihat tatkala Duchess of Cambridge Kate Middleton menghadiri apa sahaja acara mahupun majlis, rambutnya pasti kelihatan rapi dan sempurna dengan ikal mayang dan berombak.

 

Namun baru-baru ini Meghan Markle telah menggayakan rambutnya dengan gaya rambut yang kelihatan biasa bagi kita yang marhaen tetapi asing buat golongan kerabat sewaktu yakni messy bun yang membuatkan dia nampak sangat bersahaja.

 

Sejurus selepas foto menampilkan Meghan dan Putera Harry membuat lawatan rasmi di Brixton tersebar, netizen tidak melepaskan peluang untuk memuji tindakan Meghan dengan gaya rambutnya disebalik kritikan yang dilemparkan oleh beberapa sahaja netizen yang tidak ada kerja lain.

 











See also
GLAM Reviu: Gigi Lebih Bersih Dan Tidak Berbau Bersama Zenyum Power Clean Duo

Mengikut protokol kerabat diraja England perihal rambut golongan wanita kerabat adalah ia hanya perlu ditutup dengan topi sewaktu majlis formal sahaja.

 

We’re in love dengan gaya effortless Meghan sewaktu lawatan tersebut yang memberikan sesuatu yang baru dan berbeza dalam gaya kerabat diraja England.