Meraikan 14 Februari Dengan Sebotol Haruman Baharu Louis Vuitton - Glam Malaysia

Meraikan 14 Februari Dengan Sebotol Haruman Baharu Louis Vuitton

Februari datang lagi, dan dalam menyulami hari-hari di bulan ini, 14 Februari adalah hari yang ditetapkan untuk merai cinta. Valentine’s Day sering dihiasi dengan momen-momen manis buat pasangan yang mabuk cinta. Berbalas bingkisan sudah jadi tradisi bagi sebahagian dan haruman antara yang paling dicari-cari. 

Meraikan 14 Februari Dengan Sebotol Haruman Baharu Louis Vuitton

Louis Vuitton menyajikan sebotol haruman baharu, yang baunya mengasyikkan, sesuai sekali dengan pasangan yang sedang berada di awang-awangan, memadu cinta kerana haruman yang baharu ini terinspirasi dari keindahan kelipan bintang-bintang kala malam menjelma. 

Jacques Cavallier Belletrud, pakar haruman Louis Vuitton menghadiahkan sebotol lagi haruman baharu yang dinamakan sebagai Étoile Filante, dan seperti kebanyakan haruman Louis Vuitton sebelum ini, dia menyempurnakan haruman ini di Grasse, Perancis. 

Bagi Jacques, haruman itu lebih bermakna jika ia dicipta berpandukan memori, dan baginya satu-satu bau itu punya rakaman kenangan yang bermakna bagi setiap orang. Satu-satu bau itu bisa membawa kita mengembara ke satu destinasi yang pernah kita kunjungi, ataupun membuatkan kita teringatkan seseorang, pengalaman atau apa-apa sahaja. 

See also
The Flavourful Journey Of Nadia Nasimuddin

Seperti haruman baru yang diciptanya ini, Étoile Filante adalah himpunan kenangan waktu kecilnya yang disatukan dalam satu botol. Dia memilih kuntuman bunga osmanthus yang cukup dia raikan sewaktu zaman kecilnya. Jacques jatuh cinta kepada keasyikan bau bunga yang tumbuh di selatan Perancis itu sejak dia berumur 11 tahun lagi. “Saya mula mengenali osmanthus di makmal ayah saya di Grasse,” ujarnya. 

Meraikan 14 Februari Dengan Sebotol Haruman Baharu Louis Vuitton

Artikel Berkaitan: Bukan Haruman Biasa, Tiga Bau Mawar ‘Liar’ Dari Cartier

Untuk haruman terbaru ini, Jacques mengahwinkan osmanthus dengan keindahan bau bunga magnolia yang diimport dari China, alangkah sedap sekali baunya. Étoile Filante cukup kental aroma floranya, sesegar bunga-bunga yang sedang mekar di taman. Jacques menyemarakkan lagi kesegaran Étoile Filante dengan menambah percikan bau aprikot serta sedikit buah strawberi. Jacques juga menambah juga sedikit sentuhan bau-bauan menusuk dari kuntuman melati yang juga dipetik di Grasse. Étoile Filante, sebotol haruman yang menangkap emosi-emosi indah, meraikan kebahagiaan, menyinarkan hidup dengan harapan juga keasyikan. Haruman ini boleh didapati di butik Louis Vuitton juga secara dalam talian di louisvuitton.com

See also
Skop Cantik : GLAM Beauty Club

Artikel Berkaitan: Bintang Baru Spiderman, Adria Arjona Wajah Haruman Armani