Angelina Jolie Pilihan Guerlain Sebagai ‘Godmother’ Women for Bees - Glam Malaysia
Angelina Jolie

Angelina Jolie Pilihan Guerlain Sebagai ‘Godmother’ Women for Bees

Bintang filem terkenal, Angelina Jolie dilantik sebagai ‘godmother’ untuk satu program amal Women For Bees yang mana program ini adalah usaha sama jenama kecantikan terkenal, Guerlain bersama The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization atau UNESCO. Program ini menggabungkan nilai-nilai keusahawanan dengan pemeliharaan lebah. 

Angelina Jolie sudah 20 tahun memperjuangkan hak pelarian dan dia memang sudah sebati dalam kerja amal yang melibatkan isu-isu berkaitan pemeliharaan dan impak alam sekitar pada keselamatan manusia dan komuniti setempat. Dia juga memiliki sekolah untuk kanak-kanak di Afganistan dan Kenya, dan dia percaya pendidikan adalah penting dalam membangunkan komuniti. 

“Populasi lebah di seluruh dunia menurun disebabkan oleh tangan manusia. Implikasinya akan menjejaskan sumber makanan dan biodiversity. Sejak bekerjasama dengan Guerlain kami banyak berbincang tentang lebah dan dari situ kami mula merancang apa yang boleh kita lakukan untuk memperbaiki situasi ini dan bagaimana kita boleh bantu wanita juga. Program Women for Bees sangat menerujakan,” kongsi Angelina Jolie.

See also
GLAM Editor's Pick 2017: LANEIGE

Artikel berkaitan: Guerlain Raikan Hari Gincu Sedunia

Angelina Jolie Pilihan Guerlain Sebagai ‘Godmother’ Women for Bees

SASARAN 125 JUTA EKOR LEBAH

Women for Bees dilihat sebagai satu ruang terbaik yang mengubungkan para wanita yang bertugas sebagai penjaga lebah untuk saling berhubung dan bertukar buah fikir tentang pengetahuan sains dengan pakar dalam menjaga kesejahteraan alam. 

Program ini baharu saja dimulakan tahun ini yang mana menyaksikan latihan yang diketuai oleh pakar-pakar dari French Observatory of Apidology (OFA) dan berlangsung selama sebulan sejak Jun lalu. Wanita -wanita yang baru sahaja terjun ke dunia keusahawanan yang menyertai program ini secara tidak langsung menjadi ahli komuniti pemelihara lebah seluruh dunia. Penglibatan Angelina Jolie dalam program sebegini bukanlah sesuatu yang baharu baginya kerana ‘Maleficient’ ini sememangnya sudah begitu sinonim dengan kerja-kerja amal sejak dahulu lagi. Apa yang menariknya tentang program ini ialah ia adalah satu latihan dan sokongan buat semua penjaga lebah seluruh dunia, merangkumi dari Rusia ke Ethiopia ampailah ke Cambodia. 

Bermula tahun ini sehingga tahun 2025 dijangka 2,500 sarang lebah akan dibangunkan di bawah 25 lokasi pemuliharaan UNESCO dan menjangkakan akan dapat memelihara 125 juta ekor lebah. 

Angelina Jolie Pilihan Guerlain Sebagai ‘Godmother’ Women for Bees

Artikel Berkaitan: Angelina Jolie & The Weeknd Dilihat Makan Malam Bersama

See also
Tubuh Selembut Sutera