Patrick Ta Kini Di Sephora Malaysia - Glam Malaysia

Patrick Ta Kini Di Sephora Malaysia

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Akhirnya Patrick Ta melabuh tirainya di Sephora Malaysia secara eksklusif. GLAM bariskan item ikonik miliknya sebagai pilihan add to cart anda!

Tiada berita yang lebih menggembirakan, khas buat peminat tegar solekan glamor nan eksklusif Hollywood, Patrick Ta kini berada di Malaysia buat julung kalinya. Saya sendiri mengetahui keperibadianya dan kehebatanya dalam dunia solekan selebriti melalui teman jurusolek, katanya barangan jenama ini cukup laris dan punya permintaan tinggi kerana sesuai dengan solekan ala glamor. Sejak itu, saya turut mengikuti perkembangannya di media sosial.

Menurut Patrick Ta, “ I wanted to create makeup that made women feel confident and beautiful in their own skin, just as women have made me feel. Merekalah yang memberi saya kata-kata semangat, konfiden dalam karier saya.” Setiap personaliti wanita cukup berbeza dan apabila diterjemahkan kepada konteks solekan, setiap wanita itu selayaknya bergelar bold and confident. Seperti ekspresi diri secara kreatif dan terasa berkuasa setiap langkah kerana dengan solekan seperti satu pengaruh baharu buat mereka.

See also
Cinta Hujung Dunia Louis Vuitton

 

Ilham solekan Patrick Ta membawa kepada inspirasi wanita. GLAM bariskan item ikonik sebagai investment terbaru anda untuk tahun ini;

KOLEKSI MAJOR GLOW

 

Major Glow Body Oil

Badan juga memerlukan sinaran sepanjang hari. Pilihan Major Glow Body Oil ini memberi ilusi kulit bersinar dan lembap. Aroma manis nan mewah disebalik nota bunga jasmine, white musk dan saffron pilihan signature Patrick. Sering digunakan kala sesi pengambaran editorial kerana mencipta gaya next-to-naked. Terdapat 3 warna seperti A Dream Champagne, A Moment Bronze dan A Vision Rose. Turut mempunyai kandungan vitamin E, ekstrak Magnolia Bark, Olive Oil dan Squalane.