
Bulu mata palsu antara item cantik yang perlu ada untuk wanita. Pemakaian bulu mata palsu mampu memberikan lebih efek dramatik kepada keseluruhan solekan anda. GLAM senaraikan tip tentang bulu mata palsu sebagai panduan anda
Jenis bulu mata yang sesuai untuk ke malam pesta?
Sepasang bulu mata dengan diamante pasti memukau sesiapa sahaja. Kesan cahaya yang terbias pada diamante menjadikan mata lebih berseri. Ia antara helah terbaik untuk mendapatkan efek ‘bling bling’ pada mata.
Jenis bulu mata yang sesuai untuk bersantai dan mudah diuruskan?
Bulu mata palsu ‘point fix’ bukan sahaja dapat menyerlah dan menyerikan mata anda malah lebih mudah diuruskan. Lekatkan sebanyak dua ke tiga pada setiap mata (terutamanya di bahagian tengah dan hujung mata) untuk mata tampak lebih bundar.
Cara menampakkan bulu mata palsu lebih semula jadi?
Untuk kesan semula jadi, pilih rona dan material bulu mata palsu yang paling dekat dengan warna semula jadi bulu mata anda. Rapikan bulu mata palsu selaras dengan bulu mata semula jadi. Lekat betul-betul pada akar bulu mata dan gariskan dengan celak bagi menutup ruang di antara bulu mata palsu dan semula jadi anda. Sapukan maskara dan pastikan kedua-duanya melekat bersama.
Bulu mata palsu berwarna hanya sesuai untuk persembahan di pentas?
Bulu mata palsu berwarna tidak akan nampak berlebihan jika dipadankan dengan pembayang mata yang lembut. Ia bukan sahaja menyerlahkan penampilan anda malah tampak lagi outstanding.
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
