Selena Gomez Dedahkan Self-Discovery Pencetus Terhasilnya Rare Beauty - Glam Malaysia

Selena Gomez Dedahkan Self-Discovery Pencetus Terhasilnya Rare Beauty

Selena Gomez mendedahkan bahawa dirinya melalui proses pencarian diri yang panjang dan perjalanannya itu mencetus ilham menghasilkan Rare Beauty, kosmetik miliknya yang penuh visi.

Penyanyi genit itu mendedahkan dalam satu temubual virtual bahawa album terbarunya (berjudul Rare) banyak berkisar tentang proses mengenali dirinya sendiri. Ceritanya, sepanjang dia menyiapkan albumnya itu dia banyak menyedari tentang perasaan dirinya sendiri, dia cuba memahami dan menerima dirinya seadanya. Dia menerima bahawa adalah sesuatu yang okey untuk dia kelihatan berbeza dengan orang lain, berasa sunyi atau sedih. Dan perasaannya itulah yang cuba dia terapkan menerusi produk kecantikannya yang turut menggunakan nama sama seperti albumnya itu, Rare Beauty. 

Kempen Rare Beauty

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Love You Like A Love Song itu, dalam hidup inia da banyak persoalan yang harus kita tanyakan pada diri kita sendiri. Tanyakan diri kita mengapa kita lakukan apa yang kita lakukan hari ini. Adakah kita cukup bersabar dengan diri kita sendiri? 

See also
Rahsia Kecantikan Nora Danish

Bagi Selena orang di sekeliling memainkan peranan penting dalam proses dia menerima dirinya sendiri termasuklah orang yang tidak menyukai dirinya. Dia perlukan orang di sekeliling yang mencabar kemampuannya, yang akan mengatakan tidak kepadanya bila dia berasa mahu berhenti dari melakukan apa yang dia sukai. Bagi Selena dia menganggap dirinya seorang yang bertuah kerana sejak awal lagi dia sudah sedar dan tahu apakah bidang kerja yang disukainya dan sehingga ke hari ini dia masih meneruskan passion nya itu. 

Baca: Selena Gomez Ditabal sebagai People of the Year.

Menerusi Rare Beauty, Penyanyi berusia 28 tahun ini mahu setiap orang menerima kecantikan diri sendiri. Baginya dengan kepesatan media sosial Hari ini terlalu banyak salah faham tentang definisi tentang kecantikan yang akhirnya menyebabkan banyaknya tekanan yang tidak sepatutnya berlaku. Tulisnya di laman sesawang Rare Beauty, “​ I think Rare Beauty can be more than a beauty brand—it can make an impact. I want us all to stop comparing ourselves to each other and just start embracing our own uniqueness”.

Dan kerana memahami betapa pentingnya kesihatan mental, Selena menerusi label kosmetiknya itu melancarkan Rare Impact Fund untuk khidmat kesihatan mental buat individu dan komuniti yang tidak bernasib baik. Setiap satu peratus daripada produk yang terjual akan disalurkan kepada tabung tersebut. 

See also
Sesi Pengalaman Cantik GLAM Beauty Club X Armani beauty

Baca: “Hidup saya out of control ketika bersama Justin Bieber,”- Selena Gomez.

Cover album RARE